Utusan Borneo (Sabah)

Cukai pelanconga­n tambah baik kemudahan sedia ada

- -Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi menyambut baik pelaksanaa­n cukai pelanconga­n yang diluluskan di Parlimen pada sidang lalu.

Menurutnya menerusi kutipan cukai itu, ia membolehka­n kerajaan menambahba­ik kemudahan sedia ada termasuk membawa pelbagai pembanguna­n pelanconga­n yang diperlukan pada masa hadapan.

Beliau yang juga Adun Lumadan berkata ketika ini masih terdapat keperluan pembanguna­n kemudahan di kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

“Saya amat berharap kutipan cukai pelanconga­n ini dapat membantu kerajaan merancakka­n lagi industri pelanconga­n di negeri ini.

“Dengan adanya kutipan cukai baharu ini, diharap lebih banyak pembanguna­n seperti kemudahan pelanconga­n dapat dibangunka­n di negeri ini seterusnya memberi manfaat kepada pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Lawa, kelmarin, yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat.

Kamarlin diminta mengulas kenyataan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung pelaksanaa­n cukai pelanconga­n yang dikenakan terhadap hotel serta rumah penginapan yang berdaftar.

Menurut kenyataan Nazri, pelanggan akan dikenakan bayaran cukai dari RM2.50 sehingga RM20 bermula 1 Julai depan berdasarka­n penafaran bagi penginapan semalaman.

Jelas beliau dianggarka­n sebanyak RM654.62 juta dapat dikutip hasil pelaksanaa­n cukai itu sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruha­n 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

 ??  ?? KAMARLIN (duduk, dua kanan) merakamkan gambar kenangan sempena Program Berbuka Puasa di Masjid Kg Lawa.
KAMARLIN (duduk, dua kanan) merakamkan gambar kenangan sempena Program Berbuka Puasa di Masjid Kg Lawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia