Utusan Borneo (Sabah)

RM1.1 juta naiktaraf jambatan Matau Patau dan Meliau

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi kerja menaiktara­f jambatan Matau Patau dan Meliau, yang terletak dalam laluan jalan Nangoh Meliau di Telupid.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata peruntukan yang disalurkan melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu sebagai langkah penyelesai­an jangka pendek bagi membina jambatan lintasan rata rendah selepas kedua-dua jambatan berkenaan mengalami kerosakkan kritikal sejak beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata apabila siap kelak, ia akan memberikan kemudahan perhubunga­n pengangkut­an kepada lebih 1,800 penduduk dari empat kampung membabitka­n Kampung Pinunakan, Rumidi, Rancangan Nangoh dan Sinaputan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerosakan Jambatan Matau Patau di Nangoh, Telupid bersama Ketua Pengarah ICU Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusuf, Timbalanny­a Razali Wahab dan Pegawai Kemajuan Negeri ICU Sabah Datuk Ruji Ubi, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat.

Dalam pada itu, Ronald berkata dianggarka­n sebanyak RM78 juta diperlukan untuk menaiktara­f jalan Nangoh-Meliau sejauh 12.5 kilometer, termasuk membina baharu beberapa jambatan yang terdapat dalam laluan berkenaan.

Turut memerlukan pembaikan segera adalah Jalan Tanjung Nipis, Paitan dan jalan masuk ke Kampung Pantai Boring yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut.

Rombongan itu kemudian meninjau masalah infrastruk­tur jalan kampung dari Kampung Tanjung Nipis sehingga ke Kampung Batangon Darat Paitan.

Mereka turut singgah di Masjid Kampung Kobambanga­n Paitan yang telah siap dibina dan meninjau cadangan tapak pembinaan masjid baharu Daerah Kecil Paitan yang telah diluluskan peruntukan RM1 juta oleh ICU JPM.

Hadir sama, Ahli DUN Sugut Datuk James Ratib.

Rombongan yang menaiki helikopter turut membuat tinjauan dari udara jalan raya Kampung Pantai Boring.

 ??  ?? RONALD (dua dari kiri) bersama Michael dan Ahmad Zaki ketika meninjau jambatan Matau Patau Telupid.
RONALD (dua dari kiri) bersama Michael dan Ahmad Zaki ketika meninjau jambatan Matau Patau Telupid.
 ??  ?? RONALD (dua kanan) Ahmad Zaki (kanan) ketika meninjau jalan Kampung Tanjung Nipis, Paitan.
RONALD (dua kanan) Ahmad Zaki (kanan) ketika meninjau jalan Kampung Tanjung Nipis, Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia