Utusan Borneo (Sabah)

Jangan abaikan pendidikan anak

Pendidikan satu-satunya jalan keluar daripada kemiskinan

-

Sampai bila kita nak bergantung kepada orang lain. Jangan sekali-kali abaikan pendidikan anak-anak. Pastikan mereka diberi peluang untuk menimba ilmu kerana inilah satu-satunya cara meningkatk­an taraf hidup keluarga serta jalan keluar daripada belenggu kemiskinan. DATUK SAMSUDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya mahu rakyat di DUN Sekong terutama golongan asnaf, berusaha meningkatk­an taraf pendidikan anak masingmasi­ng bagi mengelak daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Beliau berkata pendidikan adalah satu-satunya cara untuk membawa anak-anak keluar daripada kancah kemiskinan.

Sebagai warga Malaysia, katanya, rakyat negeri khususnya dalam DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi amat bertuah kerana mempunyai kerajaan dan pelbagai badan atau agensi yangsentia­saprihatin­terhadap masalah kemiskinan serta sentiasa ringan tulang dan murah hati menghulurk­an bantuan.

Bantuan dan sumbangan diberikan itu hanya bersifat sementara dan bukan jalan penyelesai­an kepada masalah kemiskinan.

“Sampai bila kita nak bergantung kepada orang lain. Jangan sekali-kali abaikan pendidikan anakanak. Pastikan mereka diberi peluang untuk menimba ilmu kerana inilah satu-satunya cara meningkatk­an taraf hidup keluarga serta jalan keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Bagi saya, tanpa pendidikan yang baik, masalah kemiskinan bukan saja tidak dapat diatasi, malah ia mungkin akan bertambah sehingga dua kali ganda atau lebih dalam tempoh yang cukup cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaia­n sumbangan kepada 50 golongan kurang bernasib di Masjid Nurussholi­hin Kg Bokara, di sini, Sabtu lepas.

Samsudin yang juga ketua Umno Batu Sapi menasihatk­an supaya golongan terbabit tidak menyalahgu­na sumbangan diberikan untuk tujuan tidak berfaedah, apatah lagi sumbangan diterima pada bulan Ramadan.

Malah, beliau turut mengingatk­an mereka yang ingin menderma supaya memahami kehendak golongan fakir atau miskin bagi mengelak daripada memberikan sumbangan yang tidak diperlukan.

“Atas sebab itulah, saya ingin bertemu sendiri dengan mereka, bukan sekadar untuk beramah mesra, tetapi untuk memahami keperluan sebenar golongan terbabit. Dengan ini, bantuan dan sumbangan yang bertepatan dapat disalurkan,” katanya.

Kesemua 50 golongan kurang bernasib terdiri daripada warga emas, balu dan fakir dari Kampung Bokara yang terlibat menerima barangan makanan dan wang tunai daripada Samsudin.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jasa Parlimen Batu Sapi Zulfikar Piting dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Sekong Zantapha Zainal Abidin.

 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan kurang bernasib semasa Majlis Berbuka Puasa dan penyampaia­n sumbangan di Masjid Nurussholi­hin Kg Bokara.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan kurang bernasib semasa Majlis Berbuka Puasa dan penyampaia­n sumbangan di Masjid Nurussholi­hin Kg Bokara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia