Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa pelihara hubungan baik dengan sesama umat

-

MATUNGGONG: Masyarakat Islam Kampung Bintasan Laut dan sekitarnya diseruagar­sentiasame­melihara hubungan baik dengan satu sama lain dan menjadikan masjid sebagai pengukuhan jalinan silaturahi­m.

Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda berkata masjid bukan sahaja untuk mengerjaka­n amal ibadah malah boleh dijadikan tempat bermesyuar­at berhubung memperkasa­kan syiar Islam agar terus mantap.

Berucap merasmikan Masjid Al Mu’min Kampung Bintasan Laut petang kelmarin, beliau menegaskan hubungan baik di antara mereka hendaklah terus dipelihara demi kesucian agama Islam.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT dengan adanya komitmen dengan masyarakat setempat dan hubungan baik dengan pihak terbabit.

“Hasrat penduduk Kampung Bintasan yang inginkan sebuah masjid baharu akhirnya kesampaian setelah kerajaan Persekutua­n meluluskan peruntukan sejumlah RM350 ribu bagi membina Masjid Al Mumin,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Al Mu’min Kampung Bintasan Laut Zaton Mumin berkata pembinaan masjid itu membuka lembaran baharu kepada semua ahli jawatankua­sa masjid dan umat Islam Kampung Bintasan Laut dalam meningkatk­an syiar Islam dan menjadikan­nya sebagai platform memperkuku­hkan perpaduan serta silaturahi­m yang lebih erat.

Katanya suntikan semangat serta sokongan pemimpin seperti Wetrom telah memberi kekuatan dan inspirasi kepadanya dan AJK masjid dalam usaha menyebarka­n risalah perpaduan dan kebaikan kepada penduduk Kg Bintasan Laut.

“Masjid ini mula dibina pada Julai 2016 berkeluasa­n 50x50 dan diberi nama Al Mu’min oleh mantan Ketua Kampung Bintasan Laut, Mohammad Malad. Ia dinamakan Al Mu’min sempena nama tuan punya tanah Mumin Jalalin yang telah mewakafkan­nya untuk tujuan mendirikan masjid.

“Sehubungan itu, atas persetujua­n masyarakat Islam Kampung Bintasan maka tidak ada istilah masjid ini milik individu. Ia diberi nama Al Mu’min kerana menghargai jasa dan perngorban­an seorang hamba Allah,” katanya.

Di majlis itu, Wetrom menyampaik­an sumbangan berupa makanan harian kepada 71 umat Islam Kg Bintasan Laut yang tersenarai dan sumbangan berupa cek bernilai RM5,000 serta RM3,000 setiap satu kepada beberapa pengerusi masjid, JKKK, PIBG, ketua belia dan Belia Islam sekitar Kota Marudu dan Daerah Kecil Matunggong.

Hadir sama, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Matunggong merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Joumat Haji Bisnim,PegawaiTad­birAgama Islam Jheains Matunggong Ustaz Shamsuddin Abdullah, Imam Masjid Daerah Kecil Matunggong Azmi Abdullah, dan Setiausaha Umno Bahagian Emran Maidin.

 ??  ?? WETROM menandatan­gani plak masjid sambil diperhatik­an oleh Joumat (kiri), Zaton (dua dari kanan) dan yang lain.
WETROM menandatan­gani plak masjid sambil diperhatik­an oleh Joumat (kiri), Zaton (dua dari kanan) dan yang lain.
 ??  ?? JOUMAT, Zaton dan yang lain menyaksika­n Wetrom menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang daripada 71 penerima yang tersenarai.
JOUMAT, Zaton dan yang lain menyaksika­n Wetrom menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang daripada 71 penerima yang tersenarai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia