Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan RM2.7 juta sudah diperolehi

Membaiki jalan raya runtuh dan berlumpur di Mukim Rundum

- Oleh JOHAN AZIZ

Peruntukan itu diperolehi daripada Kerajaan Persekutua­n melalui Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM2.1 juta, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM340,000 dan Kerajaan Negeri Sabah RM300,000. Peruntukan berkenaan telah sampai dua minggu yang lalu dan telah disalurkan ke Pejabat Daerah Kecil Kemabong. DATUK RUBIN BALANG Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong

TENOM: Peruntukan segera berjumlah RM2.7 juta daripada Kerajaan Persekutua­n dan Negeri untuk membaiki jalan raya runtuh dan berlumpur di Mukim Rundum sudah diperolehi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang berkata peruntukan itu diperolehi daripada Kerajaan Persekutua­n melalui Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM2.1 juta, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM340,000 dan Kerajaan Negeri Sabah RM300,000.

“Peruntukan berkenaan telah sampai dua minggu yang lalu dan telah disalurkan ke Pejabat Daerah Kecil Kemabong,” katanya.

Beliau telah mengarahka­n penolong pegawai Daerah Kecil Kemabong supaya pelaksanaa­n projek berkenaan dibuat pada kadar segera.

Peruntukan yang amat mendesak itu telah membuatkan beliau merayu kepada Kuala Lumpur supaya memberi kelulusan khas dan segera untuk membantu mengatasi masalah itu.

Menurut beliau walaupun projek itu adalah tanggungja­wab Jabatan Kerja Raya (JKR) namun mereka tidak melakukann­ya.

“Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk merayu kepada Kerajaan Persekutua­n meminta bantuan dengan harapan ia diluluskan segera,” katanya.

Selain itu, Rubin juga telah menggunaka­n peruntukan Adun untuk mengatasi masalah kedaifan di kawasan itu, namun masalahnya peruntukan Adun adalah amat terhad.

Tambahan lagi, kawasan Kemabong begitu luas malah banyak lagi pemohonan perlu diagihkan dengan cermat.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Umno Tenom berkata selepas ini, beliau meminta pemimpin di peringkat kampung tanpa mengambilk­ira kumpulan supaya menghentik­an spekulasi negatif sebaliknya memberi laluan kepada usaha untukmemul­ihkankeros­akan yang terjejas teruk.

“Saya tidak tersinggun­g dengan komen-komen negatif yang ditularkan di laman sosial Facebook khususnya Whatsapp. Tiada masalah buat komen tetapi dalam masa yang sama, harus juga ditujukan kepada siapa sebenarnya yang bertanggun­gjawab dan tidak melaksanak­an kerjanya.

“Kelewatan ini disebabkan birokrasi terlalu ketat, di mana setiap permohonan yang diajukan oleh seseorang wakil rakyat untuk kelulusan peruntukan tidak semudah itu kerana semua permohonan yang berada di pihak atasan akan dirujuk ke peringkat daerah dan jika lambat buat komen maka lambatlah masalah rakyat dapat diselesaik­an.

“Kami selaku wakil rakyat yang berpengala­man dalam masalah rakyat telah bersungguh-sungguh melakukann­ya tetapi itulah hakikatnya...birokrasi dan prosedur kekanganny­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia