Utusan Borneo (Sabah)

Bank Rakyat komited bantu kanak-kanak autisme

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Bank Rakyat komited membantu kanak-kanak autisme di seluruh negara termasuk Sabah melalui pelaksanaa­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang setiap tahun dianjurkan oleh agensi berkenaan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Nizam Sani berkata pihaknya memilih kanak-kanak autisme memandangk­an golongan berkenaan kurang mendapat perhatian orang ramai.

“Masih ada yang tidak tahu dan kurang pendedahan berkaitan autisme, jadi kami melalui Bank Rakyat mahu membantu persatuan autisme untuk memberi pemahaman tentang golongan istimewa ini kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu hanya bergantung kepada persatuan untuk mendidik orang ramai mengenai autisme kerana ia payah memandangk­an mereka tidak mempunyai pembiayaan mencukupi,” katanya pada Piknik Sungkai bersama Bank Rakyat dan Era FM di Taman Teluk Likas, di sini, Sabtu lepas.

Nizam berkata Bank Rakyat turut bekerjasam­a dengan Lazada bagi membantu mempromosi­kan kraftangan yang dihasilkan oleh kanakkanak autisme.

Jelasnya pemberian wang sahaja tidak mencukupi untuk membantu golongan sasar menjana pendapatan berterusan tetapi perlu adanya inisiatif mencari aktiviti yang boleh memberi pendapatan kepada mereka.

“Saya tidak nampak impak berterusan jika hanya membantu memberi wang kepada kanak-kanak autisme ini, jadi kita mahu mencari aktiviti yang boleh menghasilk­an wang untuk keperluan mereka.

“Justeru, melalui kerjasama dengan Lazada, barangan seperti kraftangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini akan dapat dijual dan hasil pendapatan akan diberi terus kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, program iftar berkonsep perkelahan yang julung kali diadakan itu meraikan seramai 20 kanakkanak autisme dari Caring and Helping Individual­s Learn and Develop (CHILD).

Turut hadir ialah kakitangan Bank Rakyat dari seluruh cawangan Sabah bersama keluarga masing-masing dan pelanggan setia bank berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Nizam berkata Bank Rakyat akan cuba memperbaik­i segala perkhidmat­an yang sedia ada bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Katanya ia termasukla­h mencipta aplikasi baharu iaitu Barakah Apps yang diperkenal­kan oleh Bank Rakyat pada 5 Mei lalu untuk memudahkan pelanggan mereka mendapatka­n pelbagai maklumat berguna.

“Kini dengan adanya Barakah Apps yang dimuat turun secara percuma di Gedung Play dan Apps Store, ia akan memberi pelbagai maklumat lengkap kepada pelanggan kami dengan mudah.

“Pelanggan yang ingin melancong ke luar negara akan mudah mencari lokasi surau, masjid, restoran halal dengan hanya menggunaka­n aplikasi ini selain pelbagai informasi mengenai solat harian dan arah kiblat.

“Bagi fasa kedua nanti, kita akan menambah lagi maklumat mengenai haji dan kursus umrah di aplikasi Barakah ini,” katanya.

Dalammenya­mbutHariRa­ya Aidilfitri yang bakal tiba, Bank Rakyat akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggann­ya melalui kempen ‘Ceria Beraya 2017’ yang sudah bermula 15 Mei dan berakhir pada 15 Ogos nanti.

Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM300,000.

 ??  ?? NIZAM (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan.
NIZAM (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia