Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri nikmat keamanan dikecapi hari ini

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini perlu disyukuris­ertadijaga­dengan baik oleh semua.

Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Julie Sabran berkata asas perpaduan pelbagai kaum yang diamalkan di negara ini perlu dipertahan­kan kerana ia nerupakan kunci kepada keamanan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.

“Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua MenteriDat­ukSeriPang­lima Musa Haji Aman amat mementingk­an keamanan serta perpaduan kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata pelbagai projek pembanguna­n yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memberi manfaat kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan juga tidak mengabaika­n pembanguna­n belia di mana usaha memantapka­n pembanguna­n belia terus dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia dan Beliawanis serta Penduduk Kampung Zon Nangoh di Masjid Kampung Gana Jati, di sini, petang Sabtu.

Pada majlis berkenaan, seramai 15 fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal menerima sumbangan hamper makanan.

Turut diadakan pada majlis itu ialah sesi ceramah agama.

Julie mengucapka­n tahniah kepada belia dan beliawanis Kampung Gana Jati kerana sangat aktif melakukan program yang bermanfaat dengan menjalanka­n aktiviti yang berfaedah dan aktiviti sukan.

Di majlis itu, beliau yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran mengumumka­n sumbangan peralatan sukan bola tampar dan net untuk kegunaan belia dan beliawanis Kg Gani Jati.

“Saya juga menyeru kepada belia dan beliawanis agar tidak lupa mendaftar sebagai pemilih,” katanya.

 ??  ?? ZIARAH Ramadan menyampaik­ansumbanga­n kepada fakir miskin di Kg Rungus Beluran.
ZIARAH Ramadan menyampaik­ansumbanga­n kepada fakir miskin di Kg Rungus Beluran.
 ??  ?? JULIE menyampaik­an sumbangan kepada imam Masjid Kg Gana Jati Beluran.
JULIE menyampaik­an sumbangan kepada imam Masjid Kg Gana Jati Beluran.
 ??  ?? JULIE berbuka puasa bersama belia dan beliawanis.
JULIE berbuka puasa bersama belia dan beliawanis.
 ??  ?? PARA penerima sumbangan bergambar bersama Julie.
PARA penerima sumbangan bergambar bersama Julie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia