Utusan Borneo (Sabah)

Berani tegur sebarang kesilapan

Masyarakat penentu dalam pentadbira­n sesebuah negara

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: GenerasiY dan ahli Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Malayu (PRBM) disaran supaya lebih berani bersuara dan menegur sebarang kesilapan atau kepincanga­nyangdilak­ukan oleh ahli mahupun presiden dalam persatuan yang disertai.

Presiden PRBM Datuk Samsul Alang Hamsah berkata hak bersuara dalam menegur kesilapan atau kepincanga­n persatuan adalah merupakan hak semua ahlidalamm­eluahkanpe­rkara yang perlu disuarakan.

“Dalam mentadbir sebuah organisasi dan menjadi pembawa (presiden), kita perlu tahu bahawa ia tidak mudah. Oleh itu, GenY harus bangkit bersuara sehingga ke pucuk pimpinan agar ia didengar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan yang diadakan di perkaranga­n Surau AnNur Palm Heights, di sini, Sabtu lepas.

Menurutnya suara yang dikemukaka­n oleh anggota persatuan itu perlu diutamakan, ia kerana masyarakat adalah penentu bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang mahupun dalam pentadbira­n sesebuah negara.

Terdahulu dalam majlis sama, turut menyaksika­n seramai 10 orang asnaf dan anak yatim dalam kalangan ahli PRBM telah menerima sumbangan, selain sebanyak RM5,000 sumbangan sampaikan kepada Madrasah Basriah Kampung Terusan Lahad Datu serta satu pengusung jenazah untuk kegunaan Surau An-Nur.

Samsul berkata sumbangan itumerupak­ansalahsat­uusaha PRBM dalam mengenalpa­sti masalah atau suara ahli PRBM yang memerlukan sebarang bentuk bantuan.

“Saya berharap dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak akan dapat meringanka­n lagi beban para penerima. Walaupun kita (PRBM) tidak boleh memenuhi kesemua permintaan atau keperluan yang diinginkan, namun sekurang-kurangnya kita dapat membantu semampu yang boleh sekaligus mengurangk­an beban dalam penyediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya juga menggalakk­an sekiranya ada dari kalangan ahli PRBM yang bilamana keluargany­a menghadapi musibah kematian, maka mereka boleh terus berhubung dengan bahagian PRBM menerusi daerah masing-masing untuk mendapatka­nbantuankh­airat kematian yang sudah kita peruntukka­n,” katanya.

Hadir sama, Ketua PRBM Bahagian Bandar Lahad Datu Mohammad Rais Harun.

“Dalam

mentadbir sebuah organisasi dan menjadi pembawa (presiden), kita perlu tahu bahawa ia tidak mudah. Oleh itu, Gen-Y harus bangkit bersuara sehingga ke pucuk pimpinan agar ia didengar DATUK SAMSUL ALANG HAMSAH Presiden PRBM

 ??  ?? SAMSUL (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
SAMSUL (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? MOHAMMAD Rais (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsul (kanan).
MOHAMMAD Rais (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsul (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia