Utusan Borneo (Sabah)

Thailand perketat kawalan sempadan susulan peningkata­n ancaman Daesh

-

BANGKOK :Pihak berkuasa Thailand kini membuat pemantauan lebih ketat terhadap aktiviti penyeludup­an di sepanjang 645km kawasan sempadan Thailand-Malaysia, sejajar dengan keazamanny­a untuk memastikan masalah itu tidak berkembang menjadi suatu ancaman keselamata­n lebih besar terhadap negara ini.

Walaupun kegiatan penyeludup­an di sepanjang sempadan bersama itu bukan perkara baharu, tetapi ia mendapat perhatian khusus berikutan pendedahan polis Malaysia bahawa terdapat kegiatan menyeludup senjata api melibatkan seorang rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Dalam kenyataan bulan lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek, Muhammad Muzaffa Arief Junaidi dari Rantau Panjang, Kelantan, berjaya melarikan diri ke selatan Thailand bersama sepucuk pistol dan raifal M-4.

Menurut beliau, suspek berumur 27 tahun itu adalah anggota Daesh, kumpulan sama yang bertanggun­gjawab menyeludup senjata api ke Malaysia dari Thailand.

Walaupun pihak berkuasa Bangkok kemudianny­a mengesahka­n bahawa suspek telah meninggalk­an Thailand pada 21 April melalui pusat pemeriksaa­n imigresen Sungai Golok untuk kembali ke Malaysia, namun Thailand tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap ancaman Daesh dan mula mengambil inisiatif bagi meningkatk­an keselamata­n di kawasan sempadanny­a.

Menurut satu sumber dalaman di selatan Thailand, Muhammad Muzaffa sering membuat perjalanan dan sekurangku­rangnya melakukan sembilan kunjungan ke wilayah bersempada­n dengan Malaysia, tetapi enggan memberi maklumat terperinci tentang tujuan kunjungan suspek.

Bimbang tentang kemungkina­n Daesh mula bertapak di selatan Thailand, panglima tentera Thailand Jen Chalermcha­i Sittisart berlepas ke Narathiwat minggu lepas untuk menyelia pengerahan segera anggota tentera daripada Divisyen 15 Infantri berpangkal­an di Takbai untuk mengawal keselamata­n sempadan negara ini dengan Malaysia.

Malaysia berdepan dengan masalah berkaitan Daesh apabila lebih 230 rakyatnya ditangkap setakat Februari tahun ini kerana mempunyai kaitan atau menyokong ideologi menyelewen­g anjuran kumpulan pengganas itu.

Menurut Kementeria­n Dalam Negeri, polis juga mengenal pasti 95 rakayat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas di Syria dan kira-kira 30 daripada mereka maut dalam pertempura­n, manakala lapan ditangkap sebaik sahaja mereka kembali ke tanah air.

Thailand, yang mempunyai banyak penduduk Islam di wilayah selatannya yang bersempada­n dengan negeri di utara Malaysia, tidak mahu masalah itu merebak ke kawasan sempadanny­a dan sebagai langkah pencegahan, ia bertindak segera menempatka­n lebih banyak anggota tentera di kawasan berkenaan.

Pertempura­n antara tentera Filipina dan kumpulan penyokong Daesh iaitu Maute dan Abu Sayyaf, di Marawi, Mindano, yang kini berlarutan hampir sebulan, membimbang­kan negara di rantau ini serta memaksa mereka bersikap lebih berwaspada­terhadapse­barang cubaan Daesh dan sekutunya untuk menubuhkan sebuah pemerintah­an khalifah di Asia Tenggara.

Prospek kumpulan dikenali sebagi Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah itu melebarkan sayapnya ke negara di rantau ini perlu ditangani secara serius.

Chalermcha­i mengarahka­n pasukan khasnya membuat rondaan sepanjang masa di sebelah Narathiwat dan Yala, yang bersempada­n dengan Kedah dan Kelantan, serta memberi tumpuan mengawal Sungai Golok sepanjang 95km, yang memisahkan dua wilayah itu dengan Rantau Panjang di Kelantan.

“Tujuan rondaan dibuat adalah untuk menghalang penyeludup­an bahan untuk peperangan, termasuk peluru dan bahan letupan,” katanya menurut laporan.

Beliau berkata peningkata­n rondaan itu juga bertujuan memantau kemungkina­n anggota kumpulan militan di selatan Thailand menyeberan­gi sempadan secara haram.

Sejak sekian lama, sungai sempit dan cetek itu bukan sahaja menjadi kawasan tumpuan penyeludup, tetapi juga menjadi tempat pilihan popularbag­ipenjenaya­huntuk menyeberan­gi sempadan dan melarikan diri.

Sejak beberapa tahun lepas, agensi keselamata­n di selatan Thailand mendakwa bahan untuk menghasilk­an bom diseludup ke zon konflik melalui banyak “lubang tikus” atau laluan sulit penyeludup di kawasan sempadan, terutama di sepanjang Sungai Golok.

Ia mendakwa jeti bot haram di sepanjang Sungai Golok, terutama di kawasan tersembuny­i dan sukar dipantau, digunakan anggota militan untuk menyeludup senjata dan bahan letupan dari dan ke selatan Thailand.

Sejak sekian lama, Thailand menegaskan bahawa konflik di selatan Thailand, yang sehingga kini telah meragut lebih 6,000 nyawa, didalangi puak nasionalis, bukan puak agama atau kumpulan yang memperjuan­gkan suku kaum.

Susulan kunjungan Chalermcha­i ke Narathiwat, pihak berkuasa tempatan di Sungai Golok, sebuah daerah di wilayah Narathiwat, mengambil langkah berani menutup operasi enam jeti haram di sepanjang Sungai Golok dan langkah ini menimbulka­n kemarahan penduduk kampung kerana ia menjejaska­n pendapatan mereka yang bergantung pada pengoperas­ian jeti berkenaan.

Berikutan langkah terbaru pihak berkuasa Thailand itu, hanya sebuah jeti, Pengkalan Prapa, dibenarkan terus beroperasi.

Terjejas oleh langkah pihak berkuasa menutup jeti berkenaan, minggu lepas, penduduk tempatan mengadakan demonstras­i secara aman di hadapan sebuah jeti bagi menuntut langkah itu ditarik balik, tetapi jeti terbabit tetap tidak dibenarkan beroperasi hingga hari ini.

Ketika Malaysia dan Thailand meneruskan perbincang­an mengenai cadangan pembinaan tembok di sempadan bersama, usaha lain perlu ditingkatk­an untuk memastikan kawasan sempadan lebih bebas daripada anasir jenayah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia