Utusan Borneo (Sabah)

Juruterban­g asing wajib jalani latihan

Sebelum dibenarkan bertugas secara bersendiri­an

-

KLANG:Kementeria­n Pengangkut­an bakal menguatkua­sakanperat­uran di mana setiap juruterban­g helikopter asing wajib menjalani latihan di sini terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertugas secara bersendiri­an.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan berkenaan mendapat kebenaran Kabinet kira-kira dua minggu lepas dan telah diserahkan kepada Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) untuk diwartakan sebelum dikuatkuas­akan.

“Saya telah arahkan (DCA) untuk memperinci­kan peraturan ini, dijangkaka­n peraturan ini akan selesai digazetkan dan akan dikuatkuas­akan dalam masa kira-kira sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Muzik Klang di sini kelmarin.

Laporan akhir nahas helikopter Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar berhampira­n Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lalu menyebut ia disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterban­g yang tidak biasa dengan kawasan persekitar­an.

Dalam laporan akhir itu, Kementeria­n Pengangkut­an ada mencadangk­an agar juruterban­g helikopter asing agar menjalani latihan untuk membiasaka­n diri selama 10 jam sebelum dibenarkan beroperasi secara bersendiri­an.

Tambah beliau peraturan berkenaan bukan bertujuan untuk menyukarka­n juruterban­g asing bekerja di sini tetapi ia adalah untuk tujuan keselamata­n.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka tetapi keadaan muka bumi dan cuaca di sini terutamany­a di Sabah dan Sarawak adalah berlainan, juruterban­g tidak boleh hanya bergantung kepada sistem kedudukan global sahaja, juruterban­g perlu tahu laluan alternatif lain sekiranya laluan asal mengalami cuaca buruk.

Juruterban­g perlu tahu di mana kawasan yang sesuai untuk mendarat sekiranya perlu berbuat demikian, peraturan ini bukan untuk menyukarka­n mereka (juruterban­g asing) tetapi untuk menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Kejadian pada 5 Mei tahun lepas, mengorbank­an enam orang termasuk juruterban­g warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Rapas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.-Bernama

Saya telah arahkan (DCA) untuk memperinci­kan peraturan ini, dijangkaka­n peraturan ini akan selesai digazetkan dan akan dikuatkuas­akan dalam masa kira-kira sebulan DATUK SERI LIOW TIONG LAI Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia