Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa pertahan ketinggian al-Quran

Tolak percubaan kaitkan Islam dengan keganasan dan ekstremism­e

-

KUALA LUMPUR: Umat Islam diajak sentiasa berusaha mempertaha­nkan ketinggian al-Quran dan ajaran-ajarannya dengan menolak segala bentuk penyelewen­gan dan percubaan yang mengaitkan Islam dengan keganasan dan ekstremism­e.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata malangnya penghayata­n terhadap kesucian dan keindahan hari-hari pada bulan Ramadan tahun ini sedikit diganggu oleh beberapa insiden pembunuhan dan keganasan yang pada zahirnya melibatkan orang Islam dan dibuat atas nama Islam.

“Hal ini tentunya sangat bertentang­an dengan ajaran al-Quran yang berasaskan prinsip rahmat, kemanusiaa­n dan keadilan.

“Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja, sudah tentu imej ajaran al-Quran yang murni ini akan terjejas dan diselaputi persepsi yang negatif,” katanya menerusi laman blog najibrazak.com sempena peristiwa Nuzul alQuran 1438H yang disambut hari ini.

Melalui pelbagai dasar dan prinsip yang dipegang termasuk Indeks Syariah Malaysia dan konsep wasatiyyah (kesederhan­aan) serta pelbagai inisiatif merentasi bidang-bidang utama kehidupan, Najib berharap agar Islam tidak hanya disinonimk­an dengan perkara yang negatif sahaja.

“Negara kita bukan sahaja mementingk­an pembanguna­n material, sebaliknya pembanguna­n modal insan turut menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir. Semua ini kita tekuni sebagai manifestas­i penghayata­n ajaran alQuran yang menganjurk­an kemakmuran bersepadu duniawi dan ukhrawi,” katanya.

Najib berkata Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang komited dan progresif, sentiasa berusaha untuk melunaskan pedoman Qurani supaya dapat dihayati oleh setiap umat Islam di negara ini kerana al-Quran akan menjadi pelindung diri bagi sesiapa saja yangmembac­anya,memahami serta mengamalka­nnya di dalam kehidupan seharian.

Mengambil contoh penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabang­sa kali ke-59 barubaru ini, katanya, ia menjadi bukti kepada kematangan dan kemampuan Malaysia untuk menerapkan nilai-nilai qurani di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

“Alhamdulil­lah, setinggiti­nggi kesyukuran dipanjatka­n ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam bulan Ramadan AlMubarak. Seterusnya, tanggal 17 Ramadan pada setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut satu daripada peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadan iaitu peristiwa “Nuzul al Quran”.

Beliau turut memetik penurunan wahyu terakhir, iaitu Al-Quran Al-Karim yang merupakan bukti kasih sayang Allah SWT kepada makhluk ciptaanNya agar mereka mempunyai panduan dan neraca yang terbaik dalam mengatur kehidupan.

“Allah telah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat ke-185 yang bermaksud: (masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaska­n petunjuk dan (menjelaska­n) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” katanya memetik ayat suci itu.

Najib seterusnya mengajak umat Islam menghiasi Ramadan kali ini dengan bertalaqqi, bertadarus, mentadabbu­r serta mengambil manfaat dan pedoman sebanyakny­a dari Kalam Suci ini.

“Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan Al-Quran.

“Akhir kata, semoga kita terus dikurniaka­n kesihatan dan taufiq untuk menghidupk­an siang dan malam di bulan Ramadan yang berbaki untuk tahun ini serta mengulangi­nya dalam tahuntahun yang mendatang.

Saya mendoakan agar keberkatan Nuzul al-Quran ini juga akan menyatukan hati kita semua untuk menjadi ummah yang terbaik,” katanya. - Bernama

Negara kita bukan sahaja mementingk­an pembanguna­n material, sebaliknya pembanguna­n modal insan turut menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir. Semua ini kita tekuni sebagai manifestas­i penghayata­n ajaran alQuran yang menganjurk­an kemakmuran bersepadu duniawi dan ukhrawi. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia