Utusan Borneo (Sabah)

Penuntut Sudan damba masakan ibu pada Hari Raya

-

PETALING JAYA: Menyambut Aidilfitri hampir 8,000 kilometer dari kampung halaman di Sudan merupakan antara saat paling menyedihka­n bagi Mohmed Ahmed, penuntut tahun akhir di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) di sini.

Mohmed, 21, berkata tahun ini merupakan kali kedua dia menyambut Aidilfitri di perantauan dan kerinduan terhadap keluarga lebih dirasai pada hari raya, selain juadah tradisiona­l Sudan dan juga suasana beraya di kampung halaman.

“Pastinya saya akan merindui masakan istimewa ibu, ‘aseeda’ (bubur gandum Sudan) dan ‘shaiyah’ (daging goreng)... juadah ini boleh disediakan pada hari-hari biasa namun rasanya lebih istimewa pada hari raya.

“Raya di Malaysia adalah suatu yang baharu bagi saya. Semasa menyambut Aidilfitri buat kali pertama di sini, saya dan rakan-rakan senegara mengunjung­i rumah kawan sekursus dan kami menikmati ketupat serta rendang. Pedas tapi sedap,” katanya kepada Bernama.

Pemuda ini ditemui semasa membantu pelajar Madrasah Hashimiah Selayang membeli-belah kelengkapa­n raya menerusi program ‘Raya Shopping Free’ anjuran UniRazak dengan kerjasama Yayasan Noah dan Pasar Raya Borong Mydin di USJ Subang Jaya, dekat sini kelmarin.

Mohmed kelihatan seronok menjadi sukarelawa­n untuk program itu, membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memilih pakaian baharu.

“Ini pengalaman baharu saya dan saya rasa inisiatif ini bagus untuk membantu mereka yang memerlukan. Sedikit-sebanyak ia dapat menceriaka­n kita bila kita tahu yang kita punca kegembiraa­n seseorang,” kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Program membeli-belah itu melibatkan 166 pelajar dari Madrasah Hashimiah yang turut menerima duit raya RM200 seorang sumbangan Yayasan Noah.

Pengarah yayasan Datuk Mohd Nizar Najib berkata tahun ini merupakan kerjasama kali ketiga antara yayasan itu, UniRazak dan Mydin.

“Kami mahu kanak-kanak ini menyambut hari raya dengan gembira dan kami harap program ini akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

“Kita juga menyalurka­n pelbagai sumbangan dan bantuan kepada rumahrumah kebajikan yang lain. Kita berkongsi kemakmuran, ada pendapatan lebih apa salahnya berkongsi dengan mereka yang memerlukan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PENGARAH Yayasan Noah Datuk Mohd Nizar Najib bersama Timblan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Prof Dr Samsinar Md Saidin (dua, kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak Madrasah Hashimiah pada program ‘Raya Shopping Spree’ di Mydin Subang...
PENGARAH Yayasan Noah Datuk Mohd Nizar Najib bersama Timblan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Prof Dr Samsinar Md Saidin (dua, kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak Madrasah Hashimiah pada program ‘Raya Shopping Spree’ di Mydin Subang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia