Utusan Borneo (Sabah)

Program terjemahan dan tafsir al-Quran jadi program teras Skuad An-Nur

-

KUALA LUMPUR: Program terjemahan dan tafsir al-Quran akan menjadi program teras yang dikendalik­an Skuad An-Nur Pergerakan Wanita Umno di seluruh negara.

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan ilmu alQuran bukan sahaja kepada anggotanya tetapi juga masyarakat setempat.

“Amatmustah­akuntukkit­a memahami al-Quran supaya kita dapat mengimplem­entasi segala ajaran yang dipelajari daripadany­a.

“Kalau kita mempelajar­i dan menghayati segala ajaran dalam al-Quran, InsyaAllah politik kita juga akan mendapat keredaan Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Perdana Peringkat Wilayah Persekutua­n anjuran Wanita Umno di Masjid Mu’adz Bin Jabal Taman Setiawangs­a, di sini kelmarin.

Shahrizat berkata program keagamaan perlu menjadi program tulang belakang kerana ia selaras dengan tiga teras perjuangan Umno iaitu agama, bangsa dan negara.

Program Tadarus Perdana itu yang disertai 800 anggota Wanita Umno dari 12 bahagian Parlimen Wilayah Persekutua­n turut dihadiri Anggota Parlimen Setiawangs­a, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Selain bertujuan mengimarah­kan bulan Ramadan, program tersebut diadakan untuk mengeratka­n silaturahi­m dan mendekati rakyat daripada pelbagai lapisan.

Seramai 100 pelajar tahfiz turut menerima sumbangan pada majlis itu. - Bernama

 ??  ?? SHAHRIZAT (tengah) bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Tadarus Perdana Peringkat Wilayah Persekutua­n anjuran Wanita Umno Wilayah Persekutua­n di Masjid Muadz Bin Jabal kelmarin. - Gambar BERNAMA
SHAHRIZAT (tengah) bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Tadarus Perdana Peringkat Wilayah Persekutua­n anjuran Wanita Umno Wilayah Persekutua­n di Masjid Muadz Bin Jabal kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia