Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Kedah nafi beri bonus tiga bulan gaji

-

ALOR SETAR:Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena­HariRayaAi­dilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu.

MenteriBes­arnya,DatukSeri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatka­n penyebaran kenyataan itu sebagai tidak bertanggun­gjawab dan ia tidak lebih untuk memburukka­n imej kerajaan negeri yang dipimpinny­a.

“Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ni, Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus),” katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan buat balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, kelmarin.

Seramai 109 orang balu, 75 anak yatim dan 36 anak istimewa menerima bungkusan hamper makanan dan duit raya yang disumbangk­an Pejabat Menteri Besar Kedah.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco pada 14 Jun ini.

“Kita akan ikut apa yang diumumkan kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri akan ikut RM500 dan juga pesara RM250. Apa pun perincian, kita akan umum lepas mesyuarat exco akan datang dan pembayaran akan dibuat sebelum Syawal.

Kerajaan negeri juga memperuntu­kkanRM2.4juta bagi menyediaka­n bantuan hari Raya kepada tok mudim kampung, guru Al-Quran , tukang mandi jenazah, dan bidan kampung,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meraikan mereka dalam satu majlis berbuka puasa dan setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM200 seorang.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah meminta pihak polis agar meningkaka­n pemantauan dan kawalan terrhadap penjualan dan aktiviti bermain mercun agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. - Bernama

 ??  ?? AHMAD Bashah (dua, kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Shahrul Izwan Shahrim,14, pada Program Ihya Ramadan kepada balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kelmarin. - Gambar BERNAMA
AHMAD Bashah (dua, kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Shahrul Izwan Shahrim,14, pada Program Ihya Ramadan kepada balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia