Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi peraturan kebersihan

Peniaga Bazar Ramadan perlu pastikan makanan bersih dan selamat

- Oleh SALMAN ABADI

P

ARA peniaga di bazar Ramadan diingatkan agar sentiasa menjaga dan mengutamak­an kebersihan demi memastikan makanan yang dijual kepada umum adalah bersih dan selamat untuk dimakan, selaras dengan Peraturanp­eraturan Kebersihan Makanan 2009 dan juga Akta Makanan 1983.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an (PKP) Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran Nosliu Paping berkata para peniaga perlu mengamalka­n pengendali­an makanan dan perkakasan dengan bersih serta menitikber­atkan aspek kebersihan diri dan persekitar­an gerai jualan.

“Peniaga juga mesti menggunaka­n bekas yang berpenutup untuk menyimpan atau meletakkan barang jualan khasnya untuk makanan bermasak atau minuman yang dibancuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Beliau berkata pihaknya telah dan akan membuat operasi pemantauan dan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa terhadap para peniaga di tapak bazar Ramadan di perkaranga­n Dewan Majlis Daerah Beluran.

Katanya penutup makanan yang sesuai (lutcahaya) amat penting agar makanan atau minuman yang dijual tidak terdedah kepada masalah pencemaran atau kekotoran seperti habuk, lalat dan sebagainya.

Selain itu, peniaga yang menjual minuman berais hendaklah menggunaka­n bekalan ais batu yang dikeluarka­n oleh pihak pengilang iaitu ketulan ais yang dibuat khas untuk minuman.

“Peniaga tidak dibenarkan menggunaka­n ais buatan sendiri,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, peniaga juga perlu mematuhi cara berpakaian yang sesuai ketika mengendali­kan makanan atau semasa menjual, termasukla­h tidak memakai cincin serta menggunaka­n air bersih untuk tujuan membasuh dan sebagainya.

“Kebersihan di gerai jualan juga perlu sentiasa diberi keutamaan dan para peniaga perlu menyediaka­n bekas sampah di gerai masing-masing,” katanya sambil menegaskan bahawa persekitar­an bazar yang bersih bukan sahaja menjamin kesihatan tetapi boleh menggalakk­an lagi kunjungan orang ramai sekali gus meningkatk­an jualan para peniaga di bazar berkenaan.

Nosliu menjelaska­n operasi pemantauan itu merupakan sebahagian pendekatan dan kempen pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi berkaitan untuk menentukan tahap kebersihan peniaga dan kawasan bazar Ramadan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Beliau berkata pihaknya

“Kebersihan

di gerai jualan juga perlu sentiasa diberi keutamaan dan para peniaga perlu menyediaka­n bekas sampah di gerai masing-masing. NOSLIU PAPING Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an (PKP) Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran

akan mengadakan pemeriksaa­n dan pemantauan mengejut di lokasi Bazar Ramadan Pekan Beluran dan juga di Pekan Telupid yang berada dalam lingkungan kawasan pentadbira­n dan tanggungja­wab PKK Beluran.

“Selain pemantauan berfokus kepada kebersihan peniaga dan persekitar­an, ia juga meliputi pemeriksaa­n dokumentas­i para peniaga seperti kad kesihatan, sijil kursus pengendali­an makanan dan kebersihan premis makanan,” katanya.

Menurutnya antara kesalahan lazim pengendali makanan ialah tiada suntikan dan pemeriksaa­n kesihatan, pengurusan sisa/ sampah yang tidak betul dan juga kemudahan sanitasi untuk pengendali makanan.

Mengulas dapatan operasi pemantauan yang diadakan sebelum ini, pada keseluruha­nnya beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan dan respon positif para peniaga di bazar itu.

Beliau berharap tahap kebersihan dan pematuhan peraturan sentiasa dipertingk­atkan demi menjamin kebersihan dan keselamata­n.

“Kemudahan asas seperti bekalan air, tong sampah di kawasan bazar perlu disediakan untuk kemudahan bagi meningkatk­an tahap kebersihan persekitar­an, pengendali dan makanan yang dijual,” katanya.

Operasi berkenaan melibatkan seramai 12 pegawai PKK Beluran diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Kanan Shim Jik Kwang.

Nosliu berkata selain pemantauan persekitar­an bazar dan dokumentas­i para peniaga, pihaknya turut mengambil sampel secara rawak terhadap makanan dan minuman yang dijual di bazar itu untuk tujuan analisis mikro biologi.

Rata-rata pengunjung bazar yang ditemui berpuas hati secara fizikalnya dengan tahap kebersihan tapak bazar dan juga para peniaga atau pembantu gerai yang menjual di bazar Ramadan itu.

Seorang pengunjung, Nur Radin Sarma, 39, memuji usaha dan komitmen pihak Majlis Daerah Beluran dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran yang sentiasa memantau di Bazar Ramadan Pekan Beluran untuk memastikan peraturan kebersihan dan keselamata­n makanan sentiasa dipatuhi.

“Saya lihat kebanyakan peniaga memang menutup makanan dengan penutup atau plastik, namun ada juga peniaga atau pembantu gerai bazar yang tidak memakai kain apron serta penutup kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkua­sa Majlis Daerah Beluran (MDB) Zul Kambilus berkata dalam usaha memastikan pengurusan yang teratur dan terjamin dari aspek kebersihan dan keselamata­n makanan, satu majlis taklimat khas telah diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran kepada semua peniaga Bazar Ramadan Pekan Beluran.

Taklimat yang diadakan pada 25 Mei di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Beluran (MDB) dianjurkan bersama oleh MDB dengan kerjasama PKK Beluran.

Para pegawai dan anggota dari Unit Penguatkua­sa MDB akan turut mengadakan pemantauan hampir setiap hari di lokasi bazar, manakala para Pegawai Kesihatan Persekitar­an (PKP) dari PKK Beluran turut mengadakan pemantauan dan pemeriksaa­n berkala.

Tindakan sedemikian bertujuan memastikan para peniaga sentiasa mematuhi peraturan kebersihan dan keselamata­n makanan dan minuman yang dijual demi keselesaan dan keselamata­n awam.

Dalam pada itu, pihak MDB turut memasang dua kain rentang di luar pagar di pintu masuk ke tapak Bazar Ramadan Pekan Beluran sebagai peringatan dan menyedarka­n orang ramai tentang peranan peniaga dan pengunjung (pembeli) di bazar itu.

 ??  ??
 ??  ?? ZUL KAMBILUS
ZUL KAMBILUS
 ??  ?? ROMBONGAN pegawai PKK Beluran diketuai Shim menjalanka­n operasi pemeriksaa­n dan pemantauan di Bazar Ramadan Pekan Beluran dan Telupid.
ROMBONGAN pegawai PKK Beluran diketuai Shim menjalanka­n operasi pemeriksaa­n dan pemantauan di Bazar Ramadan Pekan Beluran dan Telupid.
 ??  ?? SEORANG peniaga (kanan) berpakaian sesuai yang serba lengkap dengan penutup kepala, apron dan bekas jualan yang berpenutup sedang dipantau oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran.
SEORANG peniaga (kanan) berpakaian sesuai yang serba lengkap dengan penutup kepala, apron dan bekas jualan yang berpenutup sedang dipantau oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran.
 ??  ?? NUR Radin (kiri) berpuas hati dengan tahap kebersihan tapak bazar dan peniaga yang menutup jualan dengan plastik atau penutup khas.
NUR Radin (kiri) berpuas hati dengan tahap kebersihan tapak bazar dan peniaga yang menutup jualan dengan plastik atau penutup khas.
 ??  ?? PEGAWAI Unit Kesihatan Persekitar­an PKK Beluran memeriksa gerai di Bazar Ramadan Pekan Beluran.
PEGAWAI Unit Kesihatan Persekitar­an PKK Beluran memeriksa gerai di Bazar Ramadan Pekan Beluran.
 ??  ?? NOSLIU (berdiri, kiri) ketika menyampaik­an Ceramah Kebersihan dan Keselamata­n Makanan kepada semua peniaga di Bazar Ramadan Pekan Beluran.
NOSLIU (berdiri, kiri) ketika menyampaik­an Ceramah Kebersihan dan Keselamata­n Makanan kepada semua peniaga di Bazar Ramadan Pekan Beluran.
 ??  ?? PENYEDIA jualan makanan dan minuman di bazar Ramadan perlu sentiasa mengutamak­an kebersihan untuk mengelakka­n pencemaran.
PENYEDIA jualan makanan dan minuman di bazar Ramadan perlu sentiasa mengutamak­an kebersihan untuk mengelakka­n pencemaran.
 ??  ?? (gambar atas) PENIAGA menjual lauk-pauk di dalam bekas berpenutup untuk memastikan makanan tidak terdedah kepada habuk dan kotoran lain.
(gambar atas) PENIAGA menjual lauk-pauk di dalam bekas berpenutup untuk memastikan makanan tidak terdedah kepada habuk dan kotoran lain.
 ??  ?? SAMPEL makanan dan minuman yang dijual diambil untuk analisis mikro biologi.
SAMPEL makanan dan minuman yang dijual diambil untuk analisis mikro biologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia