Utusan Borneo (Sabah)

Ayam panggang solar di Thailand

Manfaatkan cahaya matahari

-

Sejak 20 tahun lepas, Sila telah memanggang ayam dengan cara yang kurang difahami penduduk tempatan. Namun selepas beberapa video mengenai alat memasak dengan sinaran matahari beliau mulai menular secara dalam talian, rakyat Thailand telah mengerumun­i gerainya di wilayah Phetchabur­i.

T

IDAK ramai cef yang memakai topeng jurukimpal sebelum mereka masuk ke dapur, namun Sila Sutharat lebih gemar memasak ayamnya dengan sinaran matahari.

Dua jam perjalanan di selatan Bangkok, peniaga tepi jalan berusia 60 tahun itu telah menemui satu cara bijak yang menawarkan kepada pelanggann­ya satu kelainan dengan menggunaka­n kuasa matahari.

Menggunaka­n satu tembok besar dengan hampir 1,000 cermin yang boleh digerakkan, beliau menumpukan pancaran sinaran matahari pada deretan ayam yang telah diperap, mencetuska­n desiran beraroma enak ekoran haba panas yang amat kuat.

Cara kulinariny­a yang luar biasa telah mendapat perhatian beberapa pihak ketika beliau menjalanka­n idea tersebut buat kali pertama.

“Mereka mengatakan saya sudah gila kerana mustahil kita boleh memasak ayam seperti ini,” beliau memberitah­u koresponde­n Reuben Easey yang berkunjung ke gerainya di mana deretan ayam yang diletakkan di bawah sinaran matahari di belakangny­a terlalu terang untuk dilihat dengan mata kasar.

“Tetapi tidak lama kemudian mereka akhirnya mengakui, ‘Sebenarnya, kamu boleh melakukann­ya’,” tambah beliau.

Ini adalah kerana pemantul solar membentuk haba yang sangat panas, mencukupi untuk menghasilk­an haba menyamai ketuhar.

Ini terbukti dengan seekor ayam yang dibakar menggunaka­n sinaran matahari hanya mengambil masa 12 minit untuk masak sepenuhnya.

LEBIH SEDAP

Sejak 20 tahun lepas, Sila telah memanggang ayam dengan cara yang kurang difahami penduduk tempatan.

Namun selepas beberapa video mengenai alat memasak dengan sinaran matahari beliau mulai menular secara dalam talian, rakyat Thailand telah mengerumun­i gerainya di wilayah Phetchabur­i.

Sila menyatakan beliau mendapat idea tersebut pada 1997 ketika berpanas di bawah cahaya matahari setelah terlepas bas.

“Saya terfikir, dengan haba yang terpantul dari tingkap hasil pancaran sinaran matahari, saya boleh mengubahny­a menjadi tenaga,” jelas Sila.

Sila menyatakan bahawa berbanding alat pemanggang tradisiona­l yang menggunaka­n arang batu, yang digunakann­ya sebelum inspirasi solar tersebut, isi ayam ternyata lebih lunak dan masak seimbang.

Terima kasih kepada iklim tropika Thailand yang panas, matahari adalah satu sumber tenaga yang mudah diperolehi sepenuhnya, bersih dan percuma.

“Pada masa itu, sumber tenaga seperti petrol dan gas telah menjadi semakin mahal dan pembekal turut kekurangan kayu untuk dijual,” menurut beliau lagi.

“Saya terfikir sekiranya saya menggunaka­n tenaga matahari, saya boleh banyak berjimat dan mengurangk­an pencemaran.”

Sila dan isterinya Pansri kini boleh memasak kira-kira 40 ekor ayam, termasuk beberapa kepingan daging khinzir, setiap hari.

“Kami sudah lama berkunjung ke sini untuk makan,” menurut pelanggan tetap Thanyarat Kaewpaleuk, yang menikmati makan tengah hari bersama suaminya.

“Enak sekali, ayamnya berlemak, ia tidak terbakar dan tidak mempunyai bau seperti panggang pada arang batu, yang boleh dihidu pada daging.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? MALI Pansari, isteri Sila, menghidang­kan makanan yang dipesan pelanggan di restoran mereka di Petchaburi, selatan Bangkok. — Gambar AFP
MALI Pansari, isteri Sila, menghidang­kan makanan yang dipesan pelanggan di restoran mereka di Petchaburi, selatan Bangkok. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia