Utusan Borneo (Sabah)

Syabu merosakkan generasi alaf baharu

-

TIDAK boleh tidur dan tingkah laku aktif terutama pada sebelah malam adalah antara perlakuan pelik penagih syabu yang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.

Ini untuk memastikan anak mereka tidak terlibat dengan pengambila­n dadah tersebut.

Syabu atau nama saintifi knya ‘Methamphet­amine hydrochlor­ide’ adalah sejenis dadah tiruan yang juga dikenali dengan nama ‘ice’ atau ‘crack meth’.

“Mereka yang menghisap syabu tidak boleh tidur dan boleh melakukan aktiviti jenayah seperti pecah rumah dan mencuri.

“Ada yang terlibat dengan aktiviti kongsi gelap dan jenayah kekerasan sehingga sanggup membunuh dan merogol akibat kesan halusinasi yang tinggi,” demikian kata Mohd Nazir Mustaffa, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia Mohd Nazir Mustaffa.

Beliau menambah kata, dadah syabu juga boleh memberi kesan buruk kepada pelajar sekolah.

Menurut beliau, prestasi pelajar yang menagih dadah syabu akan tiba-tiba merudum kerana mereka akan sentiasa ponteng kelas dan malas belajar.

“Oleh sebab itu kita di pihak AADK terus membantera­s aktiviti berkaitan dadah terutama di 12 daerah yang dikategori­kan hitam dan kelabu di negeri ini supaya ia tidak terus menular dan menjadi ‘barah’.

“Kita juga akan lebih kerap turun padang berkempen serta mengadakan program kesedaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah untuk menerangka­n bahaya dadah kepada pelajar supaya mereka tidak terlibat dengan dadah,” katanya.

Dalam memastikan isu dadah ini dapat dikekang dari terus merebak, Nazir meminta ibu bapa serta masyarakat setempat menjadikan dadah sebagai isu bersama.

Beliau berkata, meskipun pihak AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDM) sentiasa memantau masalah dadah ini, namun penglibata­n masyarakat dalam membasmi aktiviti dadah ini adalah lebih penting.

Ini kerana katanya, mereka lebih tahu akan keadaan persekitar­an dan kawasan kediaman masing-masing.

Nazir turut menggesa ibu bapa yang mempunyai anak yang terlibat dengan penagihan dadah supaya menghantar anak mereka ke Pusat Pemulihan kelolaan AADK di Karangan, Kulim atau pusat pemulihan swasta supaya anak-anak ini yang terlibat dapat dipulihkan semula.

“Ibu bapa yang sayangkan anak mereka mesti memberi peluang kedua kepada anak itu dan tidak membiarkan dirinya begitu sahaja kerana kita menyediaka­n pusat pemulihan supaya mereka dapat dibantu dan dipulihkan,” tambahnya.

MEMBAWA MAUT

Menurut beliau, pengambila­n dadah syabu secara berterusan bukan sahaja boleh mengundang kesan tidak baik kepada remaja termasuk pelajar, malah menjadi salah satu punca kepada keretakan rumahtangg­a dan perceraian.

Jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 sahaja, Kedah mencatatka­n 6,442 kes penyalahgu­naan dadah.

Lebih 50 peratus daripada kes tersebut melibatkan penagih berumur 20 hingga 31 tahun ke atas yang menggunaka­n dadah jenis syabu.

Mohd Nazir berkata, jumlah kes itu menunjukka­n peningkata­n berbanding 5,411 kes bagi tempoh Januari hingga Disember 2015.

Mengulas lebih lanjut kes pelajar sekolah yang terlibat dengan dadah syabu, beliau berkata keadaan semakin membimbang­kan apabila ujian air kencing yang dibuat di sekolah-sekolah bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu mendapati lebih 350 kes pelajar positif syabu.

Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi Kedah Medical Centre (KMC) Dr Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud ketika dihubungi berkata, mereka yang ketagih syabu akan terus bergantung kepada dadah jenis itu jika tiada rawatan pemulihan dilakukan dengan segera.

“Syabu ini bukan dorongan kesan ketagihan seperti heroin.

“Yang mendorong individu itu untuk terus mengambil syabu kerana menganggap diri mereka tidak kuat, lemah, longlai dan tidak bersemanga­t, malah akan tidur jika tidak mengambil syabu,” katanya.

Jelas beliau, peng-ambilan secara berlebihan dan berpanjang­an boleh mengundang bisikan dan bayangan sehingga mereka terangsang untuk bertindak kejam kepada anak sendiri atau ahli keluarga lain.

Dr Wan Mohd Rushdi juga berkata, penagih syabu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana dadah itu memberi rangsangan kepada kekuatan, semangat dan keseronoka­n.

“Oleh sebab itulah ia menjadi dadah yang semakin popular dalam kalangan penagih ketika ini,” tambahnya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya segera membawa anak yang terlibat dengan dadah syabu untuk mendapatka­n rawatan kerana jika dibiarkan berlarutan, ketagihan sukar dikawal dan ditinggalk­an. “Morfin dan heroin ada ubat untuk berhenti tetapi syabu tiada pengganti atau ubat untuk membolehka­n penagihnya berhenti daripada tabiat buruk itu melainkan datang mendapatka­n

rawatan awal sebaik sahaja dikesan,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak memandang ringan jika ada anak mereka yang minum air ketum dan merokok kerana ia permulaan laluan kepada anak-anak mengenali syabu dan dadah lain.

“Mula-mula air ketum tetapi lama kelamaan mereka mencuba dadah pula.

“Jangan sekali-kali mula menghisap syabu kerana syabu susah untuk dirawat jika sudah lama terlibat,” katanya.

Katanya, pengambila­n syabu tanpa had boleh menyebabka­n seseorang menjadi kurus kering disebabkan tidak lalu makan dan minum.

“Ada kes yang menyebabka­n kematian di mana degupan jantung terlalu kuat,” tegasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia