Utusan Borneo (Sabah)

Angkat Pesta Babulang ke peringkat lebih tinggi

-

PESTA Babulang yang menjadi ikon produk pelanconga­n utara negeri ini perlu dijadikan pakej pelanconga­n terdapat di Limbang untuk dipromosi secara meluas ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, penganjura­n pesta memasuki tahun ke-14 itu telah dibincang dengan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) agar dipromosi dengan menyertaka­n pakej pelanconga­n menarik lain untuk menambah pendapatan masyarakat setempat.

Katanya, selain Batu Danau, Limbang mempunyai potensi dan kekuatan tersendiri dalam aspek pelanconga­n untuk dibangun dengan kewujudan monyet belanda, kelip-kelip, Pesta Babulang, inap desa, Pesta Bebuak dan sebagainya.

“Kita sudah meminta golongan muda di Limbang menyusun atur pelbagai produk pelanconga­n menarik ada di sini termasuk Pesta Babulang agar dapat dipromosi melalui kerjasama Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan Acara Lumba Kerbau dan Kuntul Berhias di Batu Danau pada Sabtu.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Presiden PBS Antonio Kahti Galis dan jawatankua­sa tertinggi PBS.

Hasbi berkata lagi, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg turut menyediaka­n peruntukan untuk membangunk­an jalan menuju Gunung Buda barubaru ini.

“Adanya pakej pelanconga­n lengkap ini memudahkan STB mengatur program pelanconga­n lain selain menjalinka­n kerjasama dengan Purnama Hotel dan agensi pelanconga­n dan pengembara­an lain,” katanya.

Hasbi menambah kawasan Batu Danau juga mempunyai destinasi pelanconga­n lain seperti kawasan danau, serta perkampung­an yang cantik untuk pelaksanaa­n inap desa.

Pada masa ini, katanya, hanya Kuala Mendalam mengusahak­an sektor inap desa dan program itu perlu diperluask­an ke kawasan lain.

Mengulas mengenai Pesta Babulang, katanya, ia dapat menonjol keunikan dan keindahan budaya, cara hidup, makanan dan pakaian kaum Bisaya dan berjaya menarik kemasukkan pengunjung tempatan dan pelancong asing terutama dari Eropah.

“Penganjura­n Pesta Babulang kali ini lebih teratur dan kemas selain berlaku pertambaha­n acara dan gerai jualan termasuk Bisaya Kitchen,” katanya.

 ??  ?? HASBI (kanan), Antonio dan Paulus (tiga kanan) sempat bergambar bersama kanakkanak Bisaya yang menyertai acara kuntul berhias.
HASBI (kanan), Antonio dan Paulus (tiga kanan) sempat bergambar bersama kanakkanak Bisaya yang menyertai acara kuntul berhias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia