Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan memerlukan

Rombongan Pengarah PPNS jayakan Program Ziarah Kasih Ramadan di Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

PENGARAH Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah (PPPNS) Dato Ruji Haji Ubi dan rombongan telah mengadakan kunjungan mesra menerusi Program Ziarah Ramadan di Kampung Lohan Ulu, Ranau, baru-baru ini.

Kunjungan PPPNS atau Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) itu, selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan masyarakat setempat, pihak rombongan turut memberi sumbangan kepada tiga keluarga yang dikategori­kan sebagai miskin tegar.

Sumbangan yang dihulurkan berupa barangan keperluan (makanan) serta wang tunai berjumlah RM600 bagi setiap keluarga.

Demi tanggungja­wab dan komitmen untuk membantu golongan memerlukan, Ruji sanggup berjalan kaki meredah jalan denai berlumpur untuk melihat dan menyampaik­an sendiri sumbangan itu kepada tiga keluarga dikenalipa­sti yang betulbetul memerlukan bantuan.

Keluarga penerima sumbangan itu amat berterima kasih dan bersyukur di atas keprihatin­an Ruji serta rombongan PPPNS kerana bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu menampung keperluan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumbangan seperti itu amat dialu-alukan terutama bagi mereka golongan sasar yang kurang berkemampu­an dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Tinjauan mendapati beberapa keluarga penduduk kampung terlibat amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk kelangsung­an hidup yang lebih sempurna, khasnya kemudahan asas dan tempat tinggal (rumah) yang serba daif.

Para penduduk terbabit yang menyara kehidupan dengan berkebun atau bercucuk tanam dan menadah air hujan untuk keperluan harian, masih tinggal dalam rumah yang agak menyedihka­n dengan sebahagian­nya berdinding­kan atap zink dan ada juga dinding atau lantai rumah mereka yang hanya menggunaka­n batang bambu yang dibentuk menjadi ‘kepingan papan’.

Justeru, usaha dan keprihatia­n pihak PPNS melaksanak­an program itu wajar dicontohi serta diharapkan lebih ramai akan tampil menyumbang kepada golongan memerlukan agar mereka juga dapat merasai kemeriahan Syawal yang bakal menjelang.

Selain itu, Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi mereka yang beragama Islam kerana bulan penuh rahmat ini amat sesuai untuk melipatgan­dakan pahala amalan antaranya bersedekah atau membantu golongan kurang bernasip baik.

Sementara itu, pada hari yang sama, Ruji dan rombongan PPPNS turut mengambil kesempatan berbuka puasa dengan para jemaah di Masjid Skim 1, Kampung Ulu Lohan, Ranau.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah PPNS Sadim Abdul, Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun, Timbalan Pemuda Upko Aliyu Zinin, Samdin Rijin, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lohan Skim 1 Razali Rahman dan Pengerusi JKKK Lohan Ulu Mohd Yusuf Mohd Kahar.

 ??  ?? RUJI (tengah) dan Salim (belakang) bersama Hisyamuddi­n (kiri) dan Yusuf (kanan) berbual mesra bersama penduduk kampung yang kurang bernasib baik sambil menyelami permasalah­an dan kemiskinan yang dihadapi.
RUJI (tengah) dan Salim (belakang) bersama Hisyamuddi­n (kiri) dan Yusuf (kanan) berbual mesra bersama penduduk kampung yang kurang bernasib baik sambil menyelami permasalah­an dan kemiskinan yang dihadapi.
 ??  ?? RUJI (tiga kanan) dan Salim (dua kanan) serta romongan PPNS menjayakan Program Ziarah Ramadan di Kampung Ulu Lohan, Ranau.
RUJI (tiga kanan) dan Salim (dua kanan) serta romongan PPNS menjayakan Program Ziarah Ramadan di Kampung Ulu Lohan, Ranau.
 ??  ?? RUJI (kiri) dan Yusuf serta romongan berjalan kaki menjejaki rumah penduduk untuk menyampaik­an sumbangan sempena Program Ziarah Ramadan.
RUJI (kiri) dan Yusuf serta romongan berjalan kaki menjejaki rumah penduduk untuk menyampaik­an sumbangan sempena Program Ziarah Ramadan.
 ??  ?? HISYAMUDDI­N (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan sambil diperhatik­an oleh Ruji (belakang, dua kiri).
HISYAMUDDI­N (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan sambil diperhatik­an oleh Ruji (belakang, dua kiri).
 ??  ?? RUJI (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga memerlukan.
RUJI (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga memerlukan.
 ??  ?? WAKIL keluarga menerima sumbangan disampaika­n oleh Ruji.
WAKIL keluarga menerima sumbangan disampaika­n oleh Ruji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia