Utusan Borneo (Sabah)

Rozman hargai komitmen pemimpin Umno Labuan

-

AHLI Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Umno di kediamanny­a di Jalan Tanjung Bendera, Wilayah Persekutua­n Labuan, Sabtu lalu.

Majlis yang bermula jam 5.30 petang itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Naib Ketua Bahagian Datuk Khalid Ghani, Ketua Wanita Datuk Aini Safar, Ketua Puteri Nur Erney Jamil dan Naib Ketua Pemuda Morshidi Juanah.

Hadir sama ialah mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Yunus Kurus, AJK Umno bahagian, AJK Umno empat peringkat, ketua-ketua kampung, mantan ketua kampung dan pemimpin Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Pada majlis itu, Rozman yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan turut menyampaik­an kain daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Selepas majlis berbuka puasa, beliau bersama tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta moreh.

Rozman berkata majlis tahunan itu diadakan sebagai tanda terima kasih beliau kepada semua pemimpin masyarakat dan Umno di semua peringkat yang telah memberikan perkhidmat­an yang terbaik sepanjang tahun ini.

Beliau yakin menerusi program itu, hubungan baik yang sedia terjalin antara kepimpinan Umno di Bahagian Labuan akan terus kekal bagi manfaat rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kita sebagai pemimpin perlu mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan bagi memastikan parti, Labuan dan negara terus mantap.

“Jika ia berterusan, manfaatnya akan dinikmati rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Rozman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yunus yang telah memberikan khidmat terbaik sepanjang tempoh perkhidmat­annya.

Pada masa sama, beliau juga mengalualu­kan pelantikan Bashir sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu, yang akan memantapka­n lagi kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) di wilayah ini.

“Ucapan penghargaa­n juga kami tujukan kepada mantan ketua kampung yang telah menunjukka­n prestasi membanggak­an sekaligus menjalanka­n tanggungja­wab yang telah diamanahka­n,” katanya.

 ??  ?? PEMIMPIN Umno Cawangan Sungai Bedaun bersama Rozman (lima kiri). Turut kelihatan Morsidi (tiga kiri).
PEMIMPIN Umno Cawangan Sungai Bedaun bersama Rozman (lima kiri). Turut kelihatan Morsidi (tiga kiri).
 ??  ?? ROZMAN menyampaik­an kain daripada Perdana Menteri kepada AJK Umno Labuan Rahimah Lamat sambil diperhati Bashir (dua kanan) dan Khalid (kanan).
ROZMAN menyampaik­an kain daripada Perdana Menteri kepada AJK Umno Labuan Rahimah Lamat sambil diperhati Bashir (dua kanan) dan Khalid (kanan).
 ??  ?? BARISAN ketua kampung bersama Rozman (tiga kanan) dan Bashir (dua kanan).
BARISAN ketua kampung bersama Rozman (tiga kanan) dan Bashir (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia