Utusan Borneo (Sabah)

KRT Taman Sri Panglima anjur ceramah dan gotong-royong

-

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Panglima Beaufort telah mengadakan program gotong-royong dan ceramah berkaitan denggi, baru-baru ini.

Program yang bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan perumahan serta mencari dan menghapus tempat pembiakan jentik-jentik itu dihadiri oleh seluruh penduduk taman berkenaan.

Pengerusi KRT Jimran Matkahar berkata aktiviti itu merupakan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Beaufort dan Majlis Daerah Beaufort sebagai salah satu alternatif untuk mencegah jentikjent­ik daripada membiak di kawasan perumahan.

“Selain memastikan kebersihan dan kesihatan para penduduk terjamin, program ini juga mempromosi­kan semangat kerjasama dan perpaduan kerana tanpa mengira agama dan bangsa dengan bersamasam­a membersihk­an kawasan mengikut lorong masingmasi­ng.

“Saya mengucapka­n terima kasih khususnya kepada Jabatan Kesihatan Beaufort dan Majlis Daerah serta semua penduduk Taman Sri Panglima atas komitmen semua pihak dalam menjalanka­n program berkenaan sehingga selesai,” katanya.

Wakil Jabatan Kesihatan kawasan Beaufort, Rafaie dalam taklimat ringkasnya mengingatk­an agar gotongroyo­ng menumpukan kepada aktiviti mengutip sampah dan tin yang berada di sekitar perumahan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Aktiviti pagi ini dibahagika­n kepada dua iaitu di dalam rumah dan di luar rumah,” katanya.

Pada malam sebelumnya, pihak Jabatan Kesihatan Beaufort telah mengadakan ceramah pencegahan denggi yang disampaika­n oleh Dr Farhana Abd Rashid selepas solat tarawih secara berjemaah.

Pameran turut diadakan agar para penduduk tahu dan mengenali ciri-ciri nyamuk serta cara pembiakann­ya.

 ??  ?? CERAMAH Farhana. sebelah malam sebelum aktiviti gotong-royong disampaika­n oleh Dr
CERAMAH Farhana. sebelah malam sebelum aktiviti gotong-royong disampaika­n oleh Dr
 ??  ?? PENDUDUK taman sedang membersihk­an parit.
PENDUDUK taman sedang membersihk­an parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia