Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi fokus pilihan raya Kosovo

Sejumlah 1.9j pengundi pilih kerajaan buat kali ketiga sejak merdeka pada 2008

-

PRISTINA: Rakyat Kosovo semalam mengundi dalam pilihan raya parlimen tergempar, denganhara­pan untuk memilih kerajaan yang dapat memperbaik­i ekonomi negara Balkan itu yang mundur dan mencapai kemajuan dalam usaha menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Kira-kira 1.9 juta penduduk Kosovo, hampir setengah juta daripadany­a tinggal di luar negara, didaftarka­n untuk mengundi dalam pilihan raya ketiga sejak Kosovo mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 2008.

Balai undian dibuka jam 7 waktu tempatan dan ditutup pada jam 7 malam.

Kerajaan baharu perlu menangani penganggur­an pada kadar setinggi 30 peratus dan memperbaik­i hubungan dengan negara jiran, terutama Serbia, satu prasyarat bagi kedua-dua negara untuk maju ke hadapan dalam proses menyertai EU.

Dunia Barat menganggap integrasi negara Balkan Barat itu dalam EU sebagai cara untuk menstabilk­an rantau yang masih belum pulih daripada peperangan pada zaman 1990an.

“Mereka yang memegang kuasa tidak harus datang lagi, mereka terlalu terbabit.

“Mereka mahu kekal kerana mereka sudah mewujudkan banyak keistimewa­an untuk diri mereka sendiri,” kata Hasan Visoka, 62, selepas mengundi di sebuah sekolah di ibu negara, Pristina.

“Tidak ada apa-apa yang akan berubah, tidak penting siapa yang akan memegang kuasa.

“Kita akan terus miskin, tanpa masa depan,” kata Arta Kelmendi, 28, selepas mengundi.

Pilihan raya awal diumumkan pada Mei lalu apabila kerajaan Perdana Menteri Isa Mustafa tewas dalam undi tidak percaya, dituduh oleh kerajaan sebagai gagal untuk menunaikan janji bagi memperbaik­i kehidupan populasi paling muda di Eropah.

Tinjauan pendapat meletakkan pakatan pimpinan bekas perdana menteri Ramush Haradinaj sebagai calon utama. Parti kecilnya Pakatan Masa Depan Kosovo (AAK) menandatan­gani perjanjian prapilihan raya dengan Parti Demokratik Kosovo (PDK), yang terbesar di negara itu dan memegang kuasa sejak 2007.

Namun kemenangan bagi Haradinaj mungkin merumitkan hubungan dengan Serbia, yang menge-luarkan waran antarabang­sa untuk penangkapa­nnya bagi jenayah perang.

Pakatan yang diketuai Liga Demokratik Kosovo (LDK) pimpinan Mustafa dan parti pembangkan­g haluan kiri Vetevendos­je (VV), yang mahu menyatukan semua rakyat Albania dalam satu negara, berebut tempat kedua dalam pilihan raya ini, menurut tinjauan pendapat.

Dalam kempen pilihan raya yang tenang, hampir semua parti politik berjanji untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi kepada lapan peratus setahun dan menaikkan gaji dalam sektor awam sebanyak 40 peratus.

“Janji ekonomi ini tidak akan ditunaikan tanpa pelaburan asing atau membina kapasiti ekonomi baharu yang akan mengurangk­an penganggur­an,” kata penganalis­is Imer Mushkolaj.

“Penganggur­an dan kemiskinan merupakan masalah-masalah utama dalam masyarakat Kosovo.”

Ekonomi Kosovo telah berkembang secara berterusan dan diramal akan berkembang sebanyak kira-kira empat peratus pada 2017 tetapi pertumbuha­n itu khususnya disebabkan oleh kiriman wang dari kirakira sejuta warga Kosovo yang tinggal di luar negara.

Kerajaan baharu juga perlu berusaha untuk memeterai perjanjian pembatasan sempadan dengan Montenegro, yang merupakan syarat terakhir bagi EU untuk membenarka­n lawatan bebas visa bagi rakyat Kosovo.

Negara-negara jiran, Albania, Macedonia, Montenegro dan Serbia, sudah memeterai perjanjian untuk melawat tanpa visa dengan negara-negara anggota EU.

Kosovo mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 2008, sembilan tahun selepas serangan bom NATO mengusir tentera Serbia yang dituduh membunuh dan menghalau orang awam Albania Kosovo dalam pemberonta­kan balas selama dua tahun. Serbia tetap enggan mengiktira­f ke-merdekaann­ya.

 ??  ?? HARADINAJ, calon untuk jawatan perdana menteri dari pakatan komandan AAK, PDK dan NISMA bagi bekas Tentera Pembebasan Kosovo (KLA), bercakap di hadapan media selepas membuang undi bersama isterinya di Pristina, semalam. — Gambar Reuters
HARADINAJ, calon untuk jawatan perdana menteri dari pakatan komandan AAK, PDK dan NISMA bagi bekas Tentera Pembebasan Kosovo (KLA), bercakap di hadapan media selepas membuang undi bersama isterinya di Pristina, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia