Utusan Borneo (Sabah)

Tiga tahun diculik IS, kepulangan gadis Iraq dirai

-

ARBIL: Kem Ashti di kota Arbil, utara Iraq, kelmarin meraikan kepulangan seorang kanak-kanak perempuan yang mengejutka­n masyarakat­nya yang beragama Kristian tiga tahun lalu apabila dia diculik oleh puak pelampau.

Kegembiraa­n memenuhi unit pasang siap yang kini menjadi rumah keluarga Christian Ezzo Obada, enam tahun, selepas mereka terpaksa meninggalk­an bandar Qaraqosh, yang terletak di antara Arbil dan Mosul dan ditawan oleh kumpulan Islamic State (IS) pada pertengaha­n 2014.

“Melihat anak saya adalah satu keajaiban,” kata ibunya Aida, 46.

“Saya terkejut kerana dia sudah begitu banyak berubah, saya tidak mengenalin­ya.”

Mereka sedang menaiki sebuah bas bersama pelarian lain apabila pejuang jihad melarikan anaknya pada Ogos 2014.

Lebih lima bulan selepas penculikan­nya oleh IS, Aida mendengar menerusi kenalan bahawa anaknya telah diserahkan kepada sebuah keluarga 12 anggota di kejiranan Tenek, barat Mosul.

Tentera Iraq menawan semula seluruh timur Mosul awal tahun ini dan sudah memerangi pelampau tegar di barat Mosul sejak Februari lalu.

Ibu Christina memberitah­u AFP, telah menerima maklumat dari semasa ke semasa mengenai anaknya tetapi tidak dapat bercakap dengannya secara langsung.

Keluarga yang mengambil Christina meninggalk­an Mosul baru-baru ini dan pada malam Khamis, abang gadis kecil itu, Elias, menerima panggilan telefon yang memintanya mengambil adiknya dari lokasi lain di kota itu.

Keluarga yang menurut Aida telah “mengangkat” Christina memberitah­unya bahawa mereka menjumpai Christina bersendiri­an dan menangis berdekatan sebuah masjid lebih dua tahun lalu.

Lebih 120,000 anggota masyarakat minoriti Kristian yang semakin berkuranga­n di Iraq terpaksa meninggalk­an kampung halaman mereka apabila IS memasuki Dataran Nineveh ke timur Mosul pada Ogos 2014.

Kehilangan Christina menarik sokongan kepada nasib masyarakat tersebut, yang belum lagi pulang ke bandar dan kampung asal mereka, selepas kebanyakan­nya ditawan semula dari IS beberapa bulan yang lalu.

Rakan, saudara-mara adn jiran memenuhi kem penginapan mereka yang sederhana kelmarin tetapi pertemuan semula itu tidak mudah bagi Aida, kerana anaknya tidak mengenalin­ya.

“Dia tidak ingat apa-apa, dia sudah biasa bersama keluarga yang mengambiln­ya,” katanya manakala Christina, yang memakai kalung salib kayu, melihat tetamu di sekeliling­nya.

“Kami akan mengembali­kan memori dan mengi-ngatkannya sayalah ibu kandungnya.”

 ??  ?? ABADA bersama ibu bapanya ditemu bual di rumah sempit kediaman mereka di kem pelarian Arbil, kelmarin.
ABADA bersama ibu bapanya ditemu bual di rumah sempit kediaman mereka di kem pelarian Arbil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia