Utusan Borneo (Sabah)

Pengaman PBB di Mali terus disasari

-

BAMAKO: Angka kematian dalam satu serangan pejuang jihad ke atas tentera pengaman PBB di utara Mali telah meningkat kepada empat orang, misi Pertubuhan Bangsa-bangsa di negara menyatakan kelmarin.

Tiga orang tentera pengaman Guinea telah terbunuh pada Jumaat kelmarin berhampira­n pangkalan mereka di Kidal oleh sebuah kumpulan berkuasa dikaitkan dengan Al-Qaeda, dan mayat seorang anggota tentera yang hilang telah ditemui, misi MINUSMA menyatakan dalam satu kenyataan.

“Angka bagi mangsa akibat operasi pengganas dilakukan terhadap anggota tentera pengaman PBB telah meningkat kepada empat kematian dan lapan kecederaan. Mereka yang tercedera telah dirawat di hospital MINUSMA di Kidal dan keadaan mereka adalah stabil,” menurut kenyataan.

Mengakui serangan sebagai Group to Support Islam and Muslims, juga dikenali sebagai Jamaat Nusrat al-Islam wal-Muslimeen dalam bahasa Arab, satu penyatuan bagi tiga kumpulan pejuang jihad dengan kaitan Qaeda sebelum ini ditubuhkan pada bulan Mac.

Diketuai oleh pejuang jihad Mali Iyad Ag Ghaly, seorang bekas ketua Ansar Dine Islamists, kumpulan itu telah mengakui bagi beberapa serangan ke atas pasukan tentera domestik dan luar negara sejak pembentuka­nnya.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyampaik­an ucapan takziah kepada beberapa buah keluarga dan kerajaan Guinea pada Jumaat lepas, menyatakan serangan sebegitu sebagai jenayah perang yang mungkin berlaku dan menyeru agar pelaku dihadapkan di muka pengadilan.

Serangan adalah hanya yang terbaharu menyasarka­n pasukan tentera PBB seramai 12,000 orang anggota di negara barat Afrika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia