Utusan Borneo (Sabah)

Krisis pendatang: 10 mati, 100 hilang luar pantai Libya

-

GARABULLI: Sekurangku­rangnya 10 pendatang terkorban selepas bot-bot mereka yang menuju ke Eropah karam di perairan pantai Libya manakala kirakira 100 orang hilang, kata pegawai pengawal pantai dan kumpulan bantuan kelmarin.

Lapan mayat dijumpai dalam sebuah bot getah yang dapat membawa 120 penumpang, kata Kolonel Fathi al-Rayani, ketua pengawal pantai di Garabulli, 60 kilometer ke timur Tripoli.

Dia menganggar­kan sekurang-kurangnya 100 pendatang telah hilang.

Bot itu dikesan dalam keadaan kempis di perairan Garabulli, dan pengawal pantai menjumpai mayat tersebut di dalam, kata seorang pemberita AFP yang menyertai mereka.

Sementara itu pasukan pengawal pantai Itali berkata ia telah menyelaras usaha menyelamat 1,650 pendatang di perairan pantai Libya, dan kumpulan bantuan yang terlibat dalam operasi berkata dua mayat dijumpai dalam sebuah dingi.

Libya yang dilanda konflik sudah lama menjadi batu loncatan bagi pendatang yang mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan kira-kira 61,250 pendatang sudah sampai di Itali sejak awal tahun selepas menyeberan­gi Laut Mediterran­ean, manakala hampir 1,800 lagi maut atau hilang.

Pengawal pantai Itali berkata lebih 900 pendatang diselamatk­an di perairan Libya pada Khamis dan Jumaat lepas.

Sementara itu jurucakap tentera laut Libya Jeneral Ayoub Qassem memberitah­u AFP pengawal pantai yang meronda perairan Zawiya, ke barat Tripoli, pada Jumaat lepas memintas lima bot getah boleh kembung dan dua bot kayu yang membawa lebih 570 pendatang.

Dia berkata bot-bot tersebut diiringi lima warga Libya yang menaiki sebuah jet ski dan dua buah motor sangkut, dan tiga daripaa lelaki-lelaki tersebut telah ditahan.

“Pendatang tersebut adalah orang Afrika, Bangladesh, Mesir, Maghribi, dan sudah dihantar ke pusat tahanan di Zawiya,” kata Qassem.

Pendatang yang dipintas atau diselamatk­an sering ditahan di pusat tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Pedagang manusia telah mengeksplo­itasikan keadaan yang huru-hara di Libya sejak pemberonta­kan 2011 mengguling­kan dan membunuh diktator Muammar Gaddhafi untuk merangsang perniagaan mereka yang lumayan tetapi tidak mempedulik­an langsung nyawa manusia.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG pegawai mengira mayat pendatang yang terbaring di dalam bot getah luar pantai Gharaboli, timur Tripoli kelmarin.
— Gambar Reuters SEORANG pegawai mengira mayat pendatang yang terbaring di dalam bot getah luar pantai Gharaboli, timur Tripoli kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia