Utusan Borneo (Sabah)

Hina Nabi Muhammad, lelaki Pakistan kena hukuman mati

-

ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan telah dijatuhkan hukuman mati kerana melakukan kekufuran di dalam Facebook, menurut beberapa orang peguam kelmarin, pensabitan pertama bagi tuduhan yang timbul dari media sosial.

Hakim Shabbir Ahmad Awan telah menjatuhka­n hukuman di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Islamabad, mendapati Taimoor Raza bersalah kerana menghina Nabi Muhammad, pendakwa raya Shafiq Qureshi memberitah­u AFP.

Raza mempunyai satu perdebatan di dalam Facebook mengenai Islam dengan seseorang yang didapati sebagai seorang anggota jabatan menangani keganasan, peguam bela Rana Fida Hussain memberitah­u AFP.

Pegawai tersebut telah mengemukak­an dakwaan terhadap Raza berdasarka­n kepada komen-komen yang dilakukan dalam laman rangkaian sosial.

Hussain menyatakan anak guamnya sebagai tidak bersalah dan bahawa dia akan mengemukak­an rayuan atas pensabitan tersebut.

Kekufuran merupakan satu dakwaan sensitif di negara konservati­f Islam Pakistan, di mana tuduhan yang tidak terbukti boleh menimbulka­n pelaksanaa­n hukuman tanpa perundanga­n oleh orang ramai dan keganasan.

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah terbunuh dan lima orang lagi telah tercedera pada bulan lepas ketika sekumpulan orang awam menyerang sebuah balai polis dalam satu cubaan untuk menghukum seorang lelaki Hindu yang didakwa dengan kekufuran kerana dikatakan memuat naik gambar yang boleh menimbulka­n kemarahan orang ramai di dalam media sosial.

Berjuta-juta rakyat Pakistan telah menerima teks pesanan ringkas daripada kerajaan yang memberikan amaran kepada mereka tentang berkongsik­an kandungan berbentuk kekufuran secara dalam talian.

Kempen kerajaan itu disifatkan aktivis hak asasi manusia sebagai sesuatu yang akan menggalakk­an lebih banyak serangan orang awam ke atas individu yang berdepan tuduhan kekufuran di Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia