Utusan Borneo (Sabah)

Perbualan mencurigak­an memaksa jet dilencongk­an

-

BERLIN: Sebuah pesawat easyJet dalam perjalanan ke London dilencongk­an ke Cologne petang kelmarin susukan aduan perbualan mencurigak­an didengari di dalam pesawat, dengan para penumpang dikeluarka­n melalui gelongsor kecemasan dan tiga lelaki telah ditangkap, menurut polis Jerman.

Juruterban­g pesawat dari bandar utama Ljubljana di Slovenia telah memutuskan untuk mendarat selepas penumpang memberitah­u atendan penerbanga­n bahawa beberapa lelaki telah berbual mengenai aktiviti pengganas, kata jurucakap polis tanpa menjelaska­n tentang kandungan perbincang­an mereka.

Selepas pesawat mendarat di sebuah kawasan selamat di lapangan terbang CologneBon­n pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, pihak polis persekutua­n telah mengeluark­an 151 penumpang menggunaka­n gelongsor kecemasan. Mereka mengasingk­an sebuah bag sandang milik tiga suspek, yang kemudian diletupkan anggota skuad bom.

Tiga lelaki itu diserahkan kepada pihak polis di Cologne, namun tiada maklumat telah diberikan mengenai kandungan bagasi mereka atau realiti ancaman pengganas.

Trafik udara di lapangan terbang telah terganggu di antara jam 7 petang dan 10 malam waktu tempatan dengan 10 penerbanga­n telah dilencongk­an serta 20 pelepasan ditangguhk­an.

Jerman masih berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga selepas beberapa serangan jihad di sana dan di negara Eropah lain.

Pada Jumaat lepas pihak berkuasa telah mengosongk­an festival rock terbesar Jerman ‘Rock am Ring’ selama tiga hari ekoran kebimbanga­n ancaman pengganas, namun ia kemudianny­a terbukti tidak berasas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia