Utusan Borneo (Sabah)

Tiga prinsip selesaikan kemelut FGV

PM mahu isu diselesai segera dengan patuh undang-undang, proses adil

-

KULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggarisk­an tiga prinsip utama untuk menyelesai­kan kemelut FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaik­an dalam bulan Ramadan ini juga.

“Pertama, ia (siasatan) mesti mematuhi undang-undang syarikat. Kedua, ia mesti selaras dengan urus tadbir baik dan ketiga, proses siasatan mestilah melalui proses yang adil,” kata beliau ketika berucap pada majlis Ihya Rahmat Ramadan FELDA Peringkat Kebangsaan di FELDA Sungai Sayong, di sini, malam kelmarin.

Menurut Najib, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut melanda FGV itu, adalah berpanduka­n tiga prinsip tadi.

Ini juga bagi memastikan fakta-fakta yang diperoleh adalah tepat dan akhirnya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung kemelut FGV.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata ia merupakan hasrat kerajaan bagi melihat kemelut ini segera dipulihkan.

“Denganpemu­lihankemel­ut ini, matlamat kita adalah untuk menjadikan FGV satu badan konglomera­t yang bernilai tinggi, mempunyai perolehan yang lebih besar dari hari ini dan nilai saham berada di paras lebih tinggi lagi,” katanya.

Buat masa ini, Najib berkata, beliau masih berunding dengan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi menentukan masa depan FGV.

“Dengan komitmen kerajaan, kita akan berusaha sedaya upaya agar FGV dapat menemui masa depan yang cemerlang, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Najib turut meluangkan masa melawat tapak projek Perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia yang merupakan kerjasama antara FELDA dan Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan MenteriKes­ejahteraan­Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim serta Shahrir.

Perdana Menteri kemudianny­a menyampaik­an cek replika bayaran insentif hari raya kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman.

Selasa lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahka­n empat pegawai kanan syarikat perladanga­n itu termasuk Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zakaria Arshad, bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Arahanberc­utiitudila­porkan sebagai memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV.

Selain Zakaria, tiga lagi yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia