Utusan Borneo (Sabah)

Johor, FELDA tubuh jawatankua­sa khas tangani isu dihadapi warga FELDA

-

KULAI: Kerajaan negeri Johor dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) telah menubuhkan satu jawatankua­sa khas baru-baru ini bagi menangani semua isu yang dihadapi warga FELDA di negeri itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankua­sa tersebut dipengerus­ikan bersama oleh pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan dua Exco kerajaan negeri berkaitan untuk menangani semua isu khususnya soal pemilikan tanah, perumahan dan infrastruk­tur kawasan FELDA di Johor.

Beliau berkata ini termasukla­h menangani masalah pembinaan rumah generasi kedua FELDA oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

“Dalam perkara yang melibatkan pemberian hak milik tanah yang merupakan bidang kuasa kerajaan negeri, yakinlah kerajaan negeri akan membantu bukan sahaja menyegerak­annya, tetapi turut memudahkan­nya,” katanya dalam ucapan beliau pada Program Ihya Ramadan FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Felda Sungai Sayong di sini, malam Sabtu.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Shahrir.

Mohamed Khaled berkata pihaknya berusaha untuk menyerahka­n hak milik tanah kepada seramai 1,491 lagi peneroka FELDA pada tahun ini.

Katanya, ia melibatkan peneroka di rancangan FELDA Simpang Waha dan FELDA Tenggaroh Selatan di Kota Tinggi, FELDA Tenggaroh 4 dan 5 di Mersing, FELDA Maokil 1, 2, 3 dan 4 di Muar serta FELDA Bukit Batu di Kulai.

“Kita juga komited untuk menyelesai­kan baki permohonan hak milik melibatkan seramai 3,533 peneroka lagi. Ini melibatkan permohonan yang masih di peringkat perakuan kepada kerajaan negeri, tindakan penyelesai­an Bayaran Tahunan Disatukan (CAC) oleh pemohon dan juga tindakan semakan oleh pihak FELDA,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya telah menyerahka­n hak milik tanah kepada 6,866 peneroka sejak 2013 hingga sekarang.

“Antaranya ialah Felda Pemanis 1; FELDA Palong Timur 1, 2 dan 3 di Segamat; FELDA Tenggaroh 3 dan 6 di Mersing; FELDA Bukit Aping Barat di Kota Tinggi dan FELDA Layang-Layang di Kluang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk memasukkan jalan di kampung FELDA ke dalam Sistem Maklumat RekodRekod Jalan Raya Malaysia (Marris) bagi membolehka­n ia dinaik taraf agensi berkaitan.

Johor kini mempunyai 73 rancangan FELDA meliputi 13 Parlimen dan 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 27,641 peneroka dan 146,000 pengundi, sekali gus menjadikan ia negeri kedua yang memiliki banyak rancangan FELDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia