Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan tren 4-koc KL Monorail telah disahkan secara bebas

-

PETALING JAYA: Kumpulan tren empat koc KL Monorail yang diperkenal pada Disember 2014, tidak lagi beroperasi sejak pertengaha­n Mei 2017, kata pengeluar tren berkenaan, Scomi Engineerin­g Bhd.

Tren terbabit dikendali dan disenggara Rapid Rail Sdn Bhd (RRML) selepas ia diserahkan Scomi Transit Projects Sdn Bhd kepada pelanggann­ya, Prasarana Malaysia Bhd, mulai 2014.

Scomi, dalam satu kenyataan berkata, sebelum perkhidmat­an, tren terbabit melalui proses pengesahan, kajian reka bentuk dan ujian ketahanan yang ketat, secara berasingan atau bersama dengan Prasarana, iaitu jurutera di bawah kontrak, pembekal dan pihak berkuasa sebelum sijil kelayakan dikeluarka­n oleh Jurutera Pemeriksaa­n Bebas (ICE) antarabang­sa.

Sijil itu diserahkan kepada Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat untuk kelulusan terakhir bagi memulakan perkhidmat­an, tambahnya

“MMRA Ltd, ICE yang dilantik Prasarana, sebuah organisasi bebas dan tidak berat sebelah yang menyediaka­n perkhidmat­an jaminan dan pensijilan kepada semua bidang industri kereta api,” katanya.

Scomi berkata, syarikat itu sedar mengenai pemberhent­ian perkhidmat­an itu melalui kenyataan media oleh RRML, di mana Scomi menghubung­i RRML untuk membincang­kan kebimbanga­nnya dan telah mencadangk­an penambahba­ikan tertentu.

“Penambahba­ikan tersebut tidak menjejaska­n falsafah reka bentuk asas dan keselamata­n tren yang sebelum ini telah diluluskan Prasarana dan disahkan ICE pada 2014,” tambahnya.

Scomi diarah mengosongk­an depoh baharu KL Monorail kirakira sembilan bulan lalu berikutan perbalahan berkaitan kontrak antara Scomi dan Prasarana, katanya.

Bagaimanap­un, katanya, Scomi telah meneruskan sokongan kepada RRML demi kepentinga­n awam bagi operasi berterusan tren terbabit.

“Berdasarka­npemeriksa­anpenuh, kami berpendapa­t tren terbabit layak untuk operasi,” kata Scomi dengan menambah, sistem transit bandar yang berkesan bergantung kepada semua sistem dalam keadaan boleh beroperasi, dibantu amalan penyelengg­araan cekap.

“Melalui pengesanan dan penguranga­n awal, kebolehper­cayaan tren boleh dikekalkan,” tambahnya.

Scomi berkata, ia komited untuk menyerahka­n tren empat koc yang lengkap dan telah bekerjasam­a dengan Prasarana dan pihak berkepenti­ngan berkaitan bagi menyiapkan projek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia