Utusan Borneo (Sabah)

Projek Lebuhraya Setiawangs­a-Pantai dahului jadual

-

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Lebuhraya Setiawangs­a-Pantai (SPE) bernilai RM3.738 bilion, kini siap 13 peratus atau tiga peratus mendahului jadual dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2020, kata Pengarah Urusan Ekovest Bhd Datuk Seri Lim Keng Cheng.

SPE yang sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa 3 (DUKE 3 ) adalah sejauh 29.8 kilometer.

Ia merangkumi jajaran utara ke selatan Kuala Lumpur dan melibatkan kawasan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, Setiawangs­a, Ampang, Tun Razak Exchange, koridor pembanguna­n Bandar Malaysia serta Kerinchi.

“Kita (Ekovest) dijangka dapat menguruska­n projek itu mengikut kos ditetapkan kerana Lebuhraya DUKE itu (berasaskan) model pembiayaan Sukuk.

“Pada masa sama, kita perlu memastikan ia tidak memerlukan kos tambahan dan siap mengikut jadual.

“Oleh itu, apa juga keadaannya, kita perlu menyiapkan SPE tepat pada masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis buka puasa anjuran syarikat itu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chong Hwa di sini, barubaru ini. Majlis dihadiri oleh Menteri KerjaRaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, turutmerai­kankira-kira 250 anak-anak yatim mewakili empat pertubuhan kebajikan di sekitar ibu negara.

Mengulas program berkenaan, Lim berkata ia adalah antara usaha tanggungja­wab sosial korporat syarikat bagi membantu golongan memerlukan selain menghargai perbezaan agama dan budaya negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia