Utusan Borneo (Sabah)

Penggabung­an RHB-AMMB bakal jadi entiti penting

-

KUALALUMPU­R: Cadangan penggabung­an antara RHB Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd, yang membawa kepada entiti gabungan dengan saiz aset berjumlah RM368 bilion dan 14 peratus bahagian pasaran deposit domestik, bakal menjadi satu entiti penting.

RAM Rating Services Bhd dalam satu kenyataan barubaru ini berkata entiti itu akan menjadi yang keempat terbesar dalam kalangan kumpulan perbankan Malaysia, peneraju pasaran dalam pengurusan aset, pembrokera­n (dari segi nilai dagangan) dan insurans am (tidak termasuk takaful) serta pemain kedua terbesar dalam perbankan Islam.

“Dari segi aset, entiti digabung itu akan menjadi hampir 70 peratus lebih besar berbanding pemain terbesar akan datang,” kata agensi penarafan itu.

RAM berkata operasi insurans am AMMB yang besar akan memberi manfaat kepada pendapatan bukan faedah entiti digabungka­n itu, namun, pasti akan ada beberapa pertindiha­n dalam perniagaan kedua-dua kumpulan perbankan ini, yang mungkin membawa kesulitan dalam sinergi hasil.

Pada 1 Jun, 2017, RHB dan AMMB mengumumka­n secara bersama yang mereka, setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia, memeterai perjanjian eksklusif untuk merundingk­an dan memuktamad­kan terma dan syarat bagi cadangan penggabung­an itu.

Perjanjian eksklusif itu sah sehingga 30 Ogos, 2017, dan akan secara automatik dilanjutka­nselepaspe­nyerahan dibuat kepada bank pusat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia