Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengalami dagangan berhati-hati minggu ini, berikutan sentimen ketidakten­tuan global, kata peniaga.

“Mata wang negara membangun di Asia dijangka terus menerima kesan faktor luaran seperti prestasi minyak mentah global dan ketidakten­tuan mengenai keputusan kadar faedah Rizab Persekutua­n AS,” kata peniaga berkenaan.

Menurut beliau, harga minyak mentah sudah pun merosot sejak Selasa berikutan kebimbanga­n berterusan mengenai pemotongan pengeluara­n oleh Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum ketika ketegangan berkaitan Qatar meningkat dan pengeluara­n minyak AS terus bertambah.

Untuk minggu baharu berakhir, ringgit bergerak antara 4.2590 dan 4.2670 berbanding dolar AS.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi kepada 4.2635/2665 berbanding dolar AS daripada 4.2790/2820 minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu ditutup keseluruha­nnya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain pada minggu berkenaan.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0795/0827 daripada 3.0873/0901 Jumaat lepas tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8615/8653 daripada 3.8380/8417 sebelum ini.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.4291/4351 daripada 5.5062/5105 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7628/7674 daripada 4.8015/8053 Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia