Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM dijangka diniaga dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini dengan harga berlegar sekitar RM2,450 dan RM2,550 setan metrik, kata Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Beliau berkata permintaan, menurun sedikit, kerana pembeli dari Timur Tengah, Pakistan dan India telah menyimpan stok mereka bagi bulan Ramadan.

“Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluark­an data pengeluara­n, eksport dan stok Mei minggu ini. Sekiranya angka eksport baik, ini akan memacu harga MSM lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalis­is Phillip Futures Sdn Bhd David Ng berkata paras sokongan dijangka sekitar RM2,450 setan metrik manakala paras ketahanan segera pada paras RM2,550 setan metrik.

Pasaran tempatan akan ditutup pada Isnin sempena cuti umum Nuzul Al-Quran.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, harga niaga hadapan MSM diniagakan kebanyakan­nya rendah sepanjang minggu apabila sentimen lemah, disebabkan oleh kekukuhan ringgit berbanding dolar AS serta turun naik harga minyak ekoran perselisih­an yang berlaku di Timur Tengah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2017 turun RM50 kepada RM2,680 setan metrik, Julai 2017 susut RM56 kepada RM2,553 setan metrik, Ogos 2017 berkuranga­n RM40 kepada RM2,457 setan metrik dan September 2017 berkuranga­n RM13 kepada RM2,420 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 216,427 lot daripada 249,151 lot minggu sebelumnya dan kepentinga­n terbuka susut kepada 216,427 kontrak daripada 254,973 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan Jun turun RM80 kepada RM2,730 setan metrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia