Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan ukhuwah di bulan Ramadan Al-Mubarak

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno meminta umat Islam di daerah ini agar terus mengukuhka­n ukhuwah dalam kalangan mereka pada bulan Ramadan Al Mubarak ini.

Beliau berkata ia sesuai dengan tuntutan agama dan ajaran al-Quran yang mahu umatnya bersatu padu dan bekerjasam­a serta membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Saya meminta pada bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, umat Islam sentiasa mengambil peluang untuk menyemaika­n perasaan muhibbah dan perpaduan serta membanyakk­an bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan asnaf yang lain,” katanya.

Beliau berucap di majlis berbuka puasa anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Umno Bahagian Keningau melalui Program Membara yang diadakan di Masjid Kampung Banjar di sini pada Sabtu.

Beliau berharap dalam umat Islam masing-masing ingin mengejar kemajuan, mereka juga tidak seharusnya melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

Sairin yang juga Adun Liawan turut menyaranka­n umat Islam di daerah ini agar sentiasa menyemarak­kan masjid dan surau yang terdapat di kawasan masingmasi­ng.

Beliau ingin melihat bangunan masjid dan surau sentiasa dipenuhi oleh umat Islam untuk tempat beribadah dan ketika mengerjaka­n solat berjemaah.

“Kita mahu masjid dan surau di kampung-kampung sentiasa menjadi tumpuan umat Islam dan menjadikan bangunan ini sebagai tempat menyuburka­n ibadah, aktiviti keagamaan seperti belajar mengaji selain tempat solat berjemaah setiap hari.

“Saya juga meminta Ahli Jawatankua­sa Badan Masjid dan Surau serta umat Islam di daerah ini agar sentiasa mengutamak­an kebersihan bangunan ini kerana ia menjadi tanggungja­wab bersama kita untuk menjaga kesucian bangunan ini,” katanya.

Sairin yang juga ketua Umno Bahagian Keningau yakin majlis berbuka puasa seumpama itu dapat merapatkan lagi hubungan silaturrah­im dalam kalangan pemimpin dan rakyat selain memantapka­n keimanan umat Islam.

Beliau juga meminta umat Islam sentiasa memperbany­akkan rasa kesyukuran atas keamanan dan kemakmuran negara ini yang memberikan nikmat kehidupan selesa dan bebas mencari rezeki.

Beliau bersama para pemimpin Umno bahagian dan pemimpin masyarakat turut menunaikan solat berjemaah Magrib, Isyak dan Tarawih bersama-sama masyarakat Islam di masjid kampung itu.

Pada hari yang sama juga, pergerakan Wanita Umno Bahagian Keningau diketuai oleh Ketuanya Hajah Amelia Ajun bersama ahli jawatankua­sanya turut membahagi-bahagikan sebanyak 100 bungkus nasi ayam kicap kepada para penjaja di Pasar Malam Pekan Keningau.

Menurut Amelia, ia merupakan sumbangan wanitakepa­dasemuagol­ongan rakyat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama pada bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini.

“Ini juga merupakan program tahunan Wanita Umno Keningau untuk terus membantu mereka yang kurang berkemampu­an terutama golongan asnaf tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Katanya selain mengagihka­n makanan kepada penjaja pasar malam, Wanita Umno juga mengadakan program yang sama di kampung-kampung melalui program Membara Ziarah Ramadan.

Sementara itu, di Tambunan, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi bersama AJKnya telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama umat Islam Kampung Puntingaba.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau meminta golongan belia Islam terus bersatu dan bekerjasam­a dalam meningkatk­an lagi syiar Islam di kalangan umat Islam di kampung itu.

Beliau menyeru umat Islam di kampung itu agar terus merapatkan saf dan menjalinka­n hubungan silaturrah­im selain membantu mereka yang kurang berkemampu­an.

“Perpaduan adalah kunci kepada kekuatan kita untuk menempuh cabaran kehidupan hari ini,” katanya.

Dalam hubungan itu, beliau meminta agar umat Islam terus berusaha untuk memajukan diri dan keluarga selain mensyukuri keamanan dan keharmonia­n negara yang membolehka­n mereka bebas bergerak mencari rezeki di bumi Allah SWT.

NikNazritu­rutmenunai­kan solat berjemaah dan Terawih bersama-sama masyarakat Islam di surau kampung itu.

Pergerakan Puteri Umno Keningau diketuai oleh Hajah Salbiah Suhaidi serta AJKnya turut mengadakan Ihya Ramadan melalui program Membara di kawasan Liawan, Bingkor dan Tambunan.

 ??  ?? AMELIA (lima kiri) bersama AJKnya selepas membahagi-bahagikan makanan di Pasar Malam Pekan Keningau untuk berbuka puasa bersama Sairin dan masyarakat Islam di Masjid Kampung Banjar Keningau.
AMELIA (lima kiri) bersama AJKnya selepas membahagi-bahagikan makanan di Pasar Malam Pekan Keningau untuk berbuka puasa bersama Sairin dan masyarakat Islam di Masjid Kampung Banjar Keningau.
 ??  ?? SAIRIN (duduk, tengah) bersama AJK bahagian dan pemimpin masyarakat ketika berbuka puasa di Masjid Kampung Banjar Keningau.
SAIRIN (duduk, tengah) bersama AJK bahagian dan pemimpin masyarakat ketika berbuka puasa di Masjid Kampung Banjar Keningau.
 ??  ?? SALBIAH serta AJKnya bersama penerima sumbangan pada Program Membara Ihya Ramadan.
SALBIAH serta AJKnya bersama penerima sumbangan pada Program Membara Ihya Ramadan.
 ??  ?? AMELIA menyampaik­an makanan kepada salah seorang penjaja pasar malam untuk berbuka puasa.
AMELIA menyampaik­an makanan kepada salah seorang penjaja pasar malam untuk berbuka puasa.
 ??  ?? NIK Nazri (dua kiri) berbuka puasa bersama masyarakat Islam di surau Kampung Putingaba Tambunan.
NIK Nazri (dua kiri) berbuka puasa bersama masyarakat Islam di surau Kampung Putingaba Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia