Utusan Borneo (Sabah)

Galak penuturan bahasa ibunda

Sabas buka kelas tuisyen dan terbit buku bahasa Sungai

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) akan membuka kelas tuisyen bahasa Sungai untuk menggalakk­an penggunaan bahasa ibunda dan memelihara warisan serta adat dan budaya Orang Sungai di negeri ini.

Presiden Sabas Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan berkata ia adalah salah satu usaha Sabas dalam memupuk kesedaran untuk menggalakk­an penggunaan bahasa ibunda kepada generasi hari ini.

“Ramai generasi muda Orang Sungai hari ini tidak pandai bertutur bahasa ibunda sendiri ekoran faktor tinggal di bandar dan ibu bapa mereka juga bertutur dengan mereka tidak menggunaka­n bahasa Orang Sungai,” katanya.

Beliau menjelaska­n ia akan memberi kesan kepada generasi muda sehingga tidak tahu bertutur dalam bahasa bangsa sendiri.

Oleh itu, Sabas akan membuka kelas tuisyen bahasa Sungai bagi memberi pendidikan kepada generasi muda agar mempelajar­i bahasa ibunda sendiri untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Juhari berkata Sabas juga akan membukukan bahasa Orang Sungai itu untuk diterbitka­n dalam usaha persatuan memulihara serta memudahkan generasi muda mempelajar­i bahasa ibunda mereka.

“Bahasa melambangk­an adat, tradisi dan ketertiban sesebuah masyarakat, dan sekiranya tidak dipelihara, pupuslah ia sebagaiman­a pupusnya sesetengah bahasa sebelum ini,” katanya.

Beliau memberitah­u bahasa ibunda di setiap suku kaum mempunyai keunikan yang tersendiri, baik daripada segi adat, tradisi, nilai serta tata tertib dalam sejarah kehidupan manusia.

“Maka, ini adalah tanggungja­wab kita bersama dalam memastikan bahasa Orang Sungai ini dipelihara dengan baik, bahkan dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Juhari juga menegaskan bahawa Sabas juga akan memperjuan­gkan agar bahasa Orang Sungai mendapat tempat di universiti atau sekolahsek­olah di negeri ini berdasarka­n kepentinga­n Orang Sungai sebagai salah entik terbesar di Sabah.

“Ini kita akan kemukakan kepada pihak kerajaan agar diambil perhatian. Orang Sungai perlu bersatu dalam usaha kita memperjuan­g dan memartabat­kan bahasa Orang Sungai ini untuk kepentinga­n generasi muda kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Amal Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Sabas di kediaman Naib Presiden 4 Sabas Panglima Abdul Aziz Angau di Kampung Kembara Jaya Bukit Garam, petang kelmarin.

Pada majlis itu juga, Juhari telah menyampaik­an sumbangan Sabas kepada 50 orang golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas, OKU dan anak yatim.

Beliau juga menyampaik­an bubur lambuk kepada pemandu kenderaan yang melalui Jalan Bukit Garam sebelum berbuka puasa bersama masyarakat setempat dan menunaikan solat fardhu serta terawih.

Turut hadir ialah Naib Presiden 1 Sabas Musri Muslee, Naib Presiden 2 Lamri Tambutit, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (CDO) Kuamut yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatang­an Abu Bakar Gapar, Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Kinabatang­an Khairunnis­a Abdul Aziz, Pengurus Pasukan Piala Presiden Azman Mastar, Penolong Pesuruhjay­a Rela Daerah Kinabatang­an Ismail Talib, Ahli Majlis Tertinggi Sabas dan para pemimpin masyarakat.

“Ramai generasi muda Orang Sungai hari ini tidak pandai bertutur bahasa ibunda sendiri ekoran faktor tinggal di bandar dan ibu bapa mereka juga bertutur dengan mereka tidak menggunaka­n bahasa Orang Sungai.

KOLONEL (K) DATO’ JUHARI JANAN

Presiden Sabas

 ??  ?? JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an bubur lambuk kepada salah seorang penunggang motorsikal.
JUHARI menyampaik­an bubur lambuk kepada salah seorang penunggang motorsikal.
 ??  ?? JUHARI bersama para pemimpin Sabas dan pemimpin masyarakat berbuka puasa.
JUHARI bersama para pemimpin Sabas dan pemimpin masyarakat berbuka puasa.
 ??  ?? PARA pemimpin masyarakat dan Sabas bergambar bersama Juhari.
PARA pemimpin masyarakat dan Sabas bergambar bersama Juhari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia