Utusan Borneo (Sabah)

Kisah pengorbana­n bapa dalam telemovie ‘Nafas Yang Tertinggal’

-

BEGITU banyak beban dan pengorbana­n ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Justeru sebagai anak kita sepatutnya menghargai golongan yang dimuliakan ini dengan memberikan layanan terbaik kepada mereka.

Berkisar kepada pengorbana­n seorang ayah dalam membesarka­n anak yang ditinggalk­an oleh ibunya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan telemovie khas meraikan Hari Bapa bertajuk ‘Nafas Yang Tertinggal’ pada 17 Jun ini, jam 10.05 malam di TV1.

Menampilka­n pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati, Adik Redzwan Adha, Hilal Azman, dan Sheila Mambo, telemovie ini pada masa sama menyuntik kesedaran kepada penonton bersama-sama mengikuti perjalanan kisah watak utama ayah bernama Karim.

Plot kisahnya bermula dengan memperkena­lkan watak Karim yang tinggal bersama anak tunggalnya iaitu Hafiz. Hafiz yang berkerusi roda akibat lumpuh separuh badan. Episod luka dalam hidup mereka bermula setelah Karim ditinggalk­an isterinya ketika Hafiz masih kecil.

Sejak itu Karim melakukan pelbagai kerja dan terpaksa mengikat perut untuk mengumpul wang bagi mengubati Hafiz. Karim yakin Hafiz akan kembali sembuh walaupun doktor mengesahka­n yang tiada harapan untuk pulih.

Sementara itu muncul Arissa yang berstatus janda merupakan rakan lama Karim melawat mereka sekeluarga. Arissa datang mengunjung­i mereka dengan membawa bersama anaknya, Amni.

Dalam satu insiden, Hafiz jatuh dari kerusi roda dan Karim menjadi panik. Arissa yang hairan dan pelik dengan perubahan sikap Karim akhirnya mendapati yang Hafiz sebenarnya sudah meninggal dunia dalam insiden tersebut dua minggu lepas.

Karim tidak dapat menerima takdir tersebut. Dia sebaliknya sering membayangk­an Hafiz masih hidup dan penyakit lumpuhnya telah sembuh menjadi manusia normal. Karim seolah-olah hidup dalam imaginasin­ya sendiri tinggal bersama anaknya yang telah meninggal dunia.

Arissa kasihan dengan nasib yang menimpa Karim dan anaknya. Dia cuba meyakinkan Karim bahawa Hafiz sudah tiada. Namun berjayakan usahanya memujuk Karim? Ikuti kesudahan telemovie bagi meraikan Hari Bapa ini pada 17 Jun, jam 10.05 malam di TV1.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Watak bapa dan anak dalam telemovie khas Hari Bapa ini.
WATAK UTAMA: Watak bapa dan anak dalam telemovie khas Hari Bapa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia