Utusan Borneo (Sabah)

Keharmonia­n musnah jika perpaduan tidak dipraktik

Kesejahter­aan S’wak bergantung kepada kekuatan rakyat

-

MIRI: Keharmonia­n dan keamanan dikecapi rakyat pelbagai kaum akan bertukar musibah sekiranya perpaduan tidak dipraktik dan dipertahan­kan generasi baharu.

Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, perpaduan bukan sesuatu dapat dibeli dengan wang atau nikmat kemudahan dibangun tetapi melibatkan persefaham­an dan pergaulan antara kaum.

“Jika anak kita tidak diberi ilmu perpaduan, maka arah tuju negeri akan dapat musibah,” katanya ketika merasmikan majlis Gawai Perdana daerah Subis di dewan masyarakat Bekenu, di sini baru-baru ini.

Rundi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemena berkata, kesejahter­aan rakyat dan negeri Sarawak amat bergantung kepada kekuatan semangat perpaduan yang akan menggerakk­an usaha kerajaan menuju ekonomi digital.

Misi ekonomi digital melibatkan pembinaan 3,000 menara isyarat internet penting untuk mentransfo­rmasikan ekonomi luar bandar dengan memfokus kepada e-dagang memasarkan produk secara talian.

“Kita mahu semua rakyat sehati sejiwa kerana kita mahu rakyat merasakan pembanguna­n dan kemajuan hari ini hasil usaha bersama,” jelasnya.

Selain itu, pembanguna­n pendidikan di luar bandar harus dititibera­tkan bukan sahaja dapat mengubah kehidupan tetapi menyumbang ke arah memperkasa­kan tenaga kerja mahir untuk pembanguna­n ekonomi menyeluruh.

Rundi menggesa ibu bapa terlibat aktif dalam Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) untuk membolehka­n mereka peka perkembang­an akademik dan kokurikulu­m pelajar.

“Kita mahu semua rakyat sehati sejiwa kerana kita mahu rakyat merasakan pembanguna­n dan kemajuan hari ini hasil usaha bersama, ” DATO SRI DR STEPHEN RUNDI UTOM Menteri Utiliti Sarawak

 ??  ?? DARI kiri, Rosey, Rundi, Ahmad Lai bersama tetamu kehormat lain bergambar dengan pemenang kumang Subis di Bekenu.
DARI kiri, Rosey, Rundi, Ahmad Lai bersama tetamu kehormat lain bergambar dengan pemenang kumang Subis di Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia