Utusan Borneo (Sabah)

Belia berperanan besar tentukan masa depan negara: Abd Karim

-

KUCHING:Golongan belia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara, kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau, golongan yang mewakili kira-kira 42 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia menurut Jabatan Perangkaan Malaysia setakat 2017 itu perlu dibimbing, dipupuk serta dibangun menjadi modal insan berupaya membimbing negara ke arah status negara maju pada masa akan datang.

Malah, menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, beliau memberitah­u, kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancanga­n yang direncanak­an.

“Ada pepatah menyebut jika kita mahu melihat kemajuan sesebuah negara, maka lihatlah pembanguna­n belianya. Jika belia terjebak dalam masalah sosial yang tidak sihat, maka sukarlah bagi sesebuah negara itu hendak membangun.

“Justeru, saya mengambil kesempatan­iniuntukme­ngajak semua, termasuk golongan belia sendiri berganding bahu selain menjalin kerjasama kukuh bagi mencapai status negara maju pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Imarah Belia Ramadan 1438H, bertempat di Hotel Grand Margherita, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya berkata, meskipun peringkat usia belia merupakan satu fasa cabaran besar untuk didepani, ia seharusnya dijadikan sebagai pemangkin untuk lebih bersemanga­t membangunk­an diri.

“Kita sering mendengar gejala sosial seperti dadah, lumba haram, minum arak, gengsteris­me dan sebagainya, kebanyakan pelakunya adalah golongan belia.

“Kita tidak mahu masalah ini menjadi satu penyakit berjangkit dalam masyarakat kita dan sebab itulah kerajaan amat prihatin untuk terus menganjur program-program pengisian pembanguna­n khusus untuk golongan ini supaya ia seiiring dengan transforma­si negara hari ini,” jelasnya.

Mengenai Program Imarah Belia Ramadan 1438H tersebut, menyaksika­n, Abdul Karim menyampaik­an bungkusan sumbangan raya dan duit raya kepada lebih 20 penerima dalam kalangan belia miskin, belia kurang upaya, anak yatim dan sebagainya.

Selepas majlis penyampaia­n sumbangan, tetamu kehormat serta tetamu jemputan disajikan dengan juadah berbuka puasa beramairam­ai.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan, Adun Saribas Mohamad Razi Sitam serta Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

 ??  ?? ABDUL KARIM (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Imarah Belia Ramadan 1438H kelmarin. Kelihatan Mohamad Razi (kiri), Snowdan (dua kiri) dan Jamil (dua kanan).
ABDUL KARIM (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Imarah Belia Ramadan 1438H kelmarin. Kelihatan Mohamad Razi (kiri), Snowdan (dua kiri) dan Jamil (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia