Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha teksi perlu berjumpa, bincang dengan pengendali Uber: Nancy

-

KUCHING: Pengusaha teksi di negeri ini perlu membuka pintu mereka untuk berjumpa dan berbincang secara baik dengan pengendali perkhidmat­an Uber.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata, pengusaha teksi di negeri ini tidak berpuas hati dengan perkhidmat­an Uber yang dilihat sebagai pesaing mereka.

Sebab itu, beliau mahu pengusaha teksi duduk berbincang sekali lagi dengan pengendali Uber untuk mereka memahami peranan Uber serta peluang untuk bekerjasam­a.

“Saya bukannya cuba untuk mempromosi­kan Uber tetapi pada Julai ini kita akan membentang­kan bacaan kali kedua Pindaan Akta Pengangkut­an Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmat­an Uber dan Grab menggunaka­n aplikasi

e-hailing (e-panggilan). “Jadi, sama ada kita suka atau tidak, perkara ini tetap akan berlaku. Sebab itu kami menggalakk­an pengusaha teksi untuk berjumpa dengan pengendali Uber kerana perkhidmat­an ini sudah ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi kerajaan negeri anjuran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi (COO) Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Naser Jaafar, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah dan Pengarah LPKP Sarawak Mohamad Khairul Hafiz Juni.

Difahamkan, satu perjumpaan telah diadakan antara pengusaha teksi dan pengendali Uber sebelum majlis itu kelmarin, namun gagal mencapai sebarang kesepakata­n.

 ??  ?? NANCY (kanan) berbuka puasa bersama waki-wakil agensi kerajaan negeri anjuran LPKP Sarawak di Kuching.
NANCY (kanan) berbuka puasa bersama waki-wakil agensi kerajaan negeri anjuran LPKP Sarawak di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia