Utusan Borneo (Sabah)

Bersama kesan rakyat daif layak terima bantuan

K’jaan galas tanggungja­wab besar membantu semua rakyat daif melalui Tabung Baitulmal Sarawak

-

MUKAH: Ketua masyarakat, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKK) serta amil zakat perlu memberi kerjasama mengesan kumpulan daif serta fakir miskin yang memerlukan bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ini membolehka­n pihak pemberi bantuan mengesan sesiapaben­ar-benarlayak­menerima bantuan.

“Kita perlu maklumat tepat bagi mengetahui siapa benar-benar layak menerima bantuan,” katanya pada majlis penyampaia­n Ziarah Kasih Ramadan, pada Sabtu.

Kata Juanda, kerajaan punya tanggungja­wab besar membantu semua rakyat daif melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan ini adalah matlamat utama penubuhan tabung berkenaan.

Jelasnya, amil TBS bertanggun­gjawab mengambil langkah lebih proaktif mengenal pasti penerima bantuan layak.

“Di samping mematuhi perintah agama seperti rukun membayar zakat, TBS juga punya tanggungja­wab untuk agihan zakat kepada mereka layak menurut syarat,” katanya sambil menambah, setakat ini hanya 15 penerima bantuan berdaftar dengan TBS.

Dalam Ziarah Kasih Ramadan, Juanda berkunjung dari rumah ke rumah penerima bagi menyerah sendiri bantuan berkenaan.

Bantuan dalam bentuk kelengkapa­n solat serta wang mengikut jumlah ahli keluarga di dalam sesebuah rumah atau di bawah tanggungan penerima.

Turut hadir adalah Penolong Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak, Mukah Osman Immun.

“Di samping mematuhi perintah agama seperti rukunmemba­yarzakat, TBS jugapunyat­anggungjaw­ab untuk agihan zakat kepada mereka layak menurut syarat.” DATUK DR JUANDA JAYA Adun Jemoreng

 ??  ?? JUANDA (dua, kiri) ketika menyampaik­an sumbangan kepada Roziah Dabang (tiga, kiri) disaksikan Wan Hiponi (kiri sekali) dan Osman (dua, kanan).
JUANDA (dua, kiri) ketika menyampaik­an sumbangan kepada Roziah Dabang (tiga, kiri) disaksikan Wan Hiponi (kiri sekali) dan Osman (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia