Utusan Borneo (Sabah)

Program Berambeh Sungkei platform pemimpin dekati rakyat ketika Ramadan

-

KUCHING: Program Berambeh Sungkei Serian perlu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform terbaik wakil rakyat bertemu penduduk kampung terutamany­a dalam suasana Ramadan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang menjelaska­n, program itu juga harus dijadikan contoh kepada kawasan lain apabila ia menjadi medium untuk rakyat berhimpun.

“Satu pujian untuk Pejabat Residen Bahagian Serian kerana berjaya mengekalka­n penganjura­nnya untuk kali kelima,” katanya pada majlis Berambeh Sungkei Serian serentak penyampaia­n sumbangan RM44,600 kepada golongan asnaf Kampung Jaya Ria dan 43 masjid serta surau bahagian Serian di Masjid Darul Iman Kampung Jaya Ria Serian sini baru-baru ini.

Kutipan sumbangan kepada 43 masjid dan surau bahagian Serian diperolehi hasil kerjasama Majlis Islam Sarawak yang diagih menerusi Tabung Baitulmal Sarawak.

Manakala seramai 16 asnaf daripada Kampung Jaya Ria menerima sumbangan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (Lakis), PERKIM Cawangan Serian dan JKKK Kampung Jaya Ria.

Pihaknya akan meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya di Surau Darul Hana, Kampung Munggu Limo Serian pada 8 Jun ini yang akan turut dihadiri oleh Adun Bukit Semuja, John Ilus.

Penyampaia­n sumbangan telah disempurna Rubiah sambil ditemani Pemangku Residen Bahagian Serian merangkap Pengerusi Pengelola Program Berambeh Sungkei Serian 2017 Mastapa Julaihi, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (Lakis) Joefaizal Abdullah dan wakil Baitulmal Cawangan Kota Samarahan Ustaz Hassanal Bolkiah.

 ??  ?? RUBIAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang asnaf di majlis itu, baru-baru ini.
RUBIAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang asnaf di majlis itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia