Utusan Borneo (Sabah)

Pusat dialisis BSM Miri terima mesin bernilai RM45,000 daripada Kelab Lions

-

MIRI: Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah (BSM) Cabang Miri menerima sebuah mesin Dialyzer Reprocessi­ng System sumbangan Kelab Lions cawangan Miri Mandarin, Lambir, Miri, Batu Niah dan Lutong.

Mesin berharga RM45,000 itu disampai Presiden Kelab Lions Miri Mandarin, Kapitan Jee Kee Hiong kepada pengerusi Pusat Dialisis Miri merangkap Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin di pusat tersebut, pada Sabtu.

Lee berkata, ia menjadikan jumlah mesin dialisis di pusat berkenaan bertambah kepada 12 unit buat masa ini.

“Buat waktu ini ada 318 pesakit menjalani rawatan dialisis manakala lebih 50 masih menunggu untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Jelasnya, dengan penambahan mesin ini, kita dapat memastikan pusat ini dapat berfungsi efektif dan meningkat jumlah pesakit dapat dirawat dalam satu masa.

Lee berterima kasih kepada Kelab Lions bermurah hati mendermaka­n mesin itu dan berharap ia dicontohi oleh persatuan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain.

“Kos untuk membeli mesin rawatan dialisis kini sudah meningkat, justeru pusat ini mengharap sokongan berterusan daripada orang awam untuk menderma bagi membolehka­n kita membeli mesin-mesin baharu,” katanya.

Jelasnya, mesin ini penting bagi menggantik­an mesin lama selain menambah mesin yang sedia ada.

Dalam perkembang­an berkaitan, Lee memberitah­u projek pembinaan cawangan baharu Pusat Dialisis Buah Pinggang BSM cabang Miri di Permyjaya kini dalam proses menunggu kelulusan permit daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita berharap permit tersebut dapat diluluskan agar pembinaany­a dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” kata Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia