Utusan Borneo (Sabah)

Kane nafi kemenangan berharga buat Scotland

Jerman kekalkan rentak cemerlang membelasah San Marino 7-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018

-

PARIS, Perancis: Jerman berpesta gol apabila membelasah San Marino 7-0 sementara Harry Kane meraikan penampilan kesebelasa­n pertama beliau sebagai kapten England dengan gol penyamaan lewat untuk menafikan kemenangan Scotland dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Sabtu lepas.

Selepas membelasah San Marino 8-0 pada perlawanan pertama, skuad yang hampir barisan simpanan Jerman, dengan pantas menguasai permainan untuk satu lagi kemenangan besar.

Julian Draxler membuka jaringan seawal minit ke11 sebelum dua gol Sandro Wagner menjadikan kedudukan 3-0 buat Jerman sebelum 30 minit permainan.

Amin Younes menjaringk­an gol keempat tujuh minit sebelum rehat sementara Shkodran Mustafi menjaringk­an gol kelima, dua minit selepas rehat.

Julian Brandt, 18 minit sebelum tamat permainan dan Wagner, melengkapk­an hatriknya pada minit ke-85, mengekalka­n permulaan cemerlang Jerman dalam kempen kelayakan ini, dengan hanya Switzerlan­d dari Kumpulan B menyamai pencapaian mereka.

Di Glasgow, Kane meraikan perlawanan pertama beliau sebagai kapten pasukan dengan gol penyamaan pada minit kecederaan pada satu perlawanan di antara dua musuh lama, yang hanya menyerlah pada lewat permainan.

Ada amaran awal di mana permainan hambar itu hanya menyerlah apabila pemain gantian, Alex Oxlade-Chamberlai­n membuka jaringan buat England pada minit ke-70.

Tetapi dua tendangan percuma cantik Leigh Griffiths pada tiga minit terakhir kelihatan memberikan peluang untuk Scotland mencipta kemenangan ber- harga.

Namun, kemenangan pertama ke atas England sejak 1999 dinafikan apabila Kane menjaringk­an gol pada minit kecederaan dari umpanan Raheem Sterling untuk keputusan akhir 2-2.

“Pada usia 60 tahun, ia pastinya keputusan yang terbaik dalam kerjaya bola sepak saya,” kata jurulatih Scotland, Gordon Strachan.

“Untuk melakukan apa yang mereka lakukan adalah luar biasa. Anda tidak dapat meminta lebih banyak lagi. Ia seperti pertarunga­n kelas pertengaha­n menentang kelas atasan.”

Satu mata itu bermakna England mengelak kekalahan pertama mereka dalam kempen kelayakan sejak Oktober 2009. Bagaimanap­un, jurang kelebihan mata England di singahsana Kumpulan F kini hanya lebih dua mata berbanding Slovakia, yang menewaskan Lithuania 2-1 di gelanggang lawan. Vladimir Weiss dan Marek Hamsik menjaringk­an gol ketika Slovakia mencipta kemenangan keempat dari enam perlawanan. Slovenia juga merapatkan kedudukan di belakang England dengan kurang tiga mata selepas menewaskan Malta 2-0.

Jerman memiliki kelebihan lima mata di tangga teratas Kumpulan C, dengan Ireland Utara mengekori di belakang selepas menewaskan Azerbaijan 1-0 di Kemenangan buat Ireland Utara mengukuhka­n kedudukan mereka di tangga kedua untuk playoff terakhir kelayakan selepas berada empat mata di hadapan Republik Czech, yang seri 1-1 di Norway. Robert Lewandowsk­i menjaringk­an hatrik, dua daripadany­a dari tendangan penalti ketika Poland mengekalka­n kelebihan empat mata di tangga teratas Kumpulan E dengan kemenangan 3-1 ke atas Romania. Montenegro dan Denmark berkongsi mata di tangga kedua selepas masing-masing menewaskan Armenia 4-1 dan Kazakhstan 3-1.

“Pada usia 60 tahun, ia pastinya keputusan yang terbaik dalam kerjaya bola sepak ” saya. Gordon Strachan Jurulatih Scotland

 ??  ?? WAGNER (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol ketiga Jerman pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang San Marino di Stadium Nurnberg, Nuremberg pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
WAGNER (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol ketiga Jerman pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang San Marino di Stadium Nurnberg, Nuremberg pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
 ??  ?? Baku. KANE ceria selepas menjaringk­an gol penyamaan England pada aksi di Hampden Park, Glasgow Ahad lepas.
Baku. KANE ceria selepas menjaringk­an gol penyamaan England pada aksi di Hampden Park, Glasgow Ahad lepas.
 ??  ??
 ??  ?? STRACHAN
STRACHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia