Utusan Borneo (Sabah)

Arenz juara King Of Iron Fist Borneo

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: `Arenz’ atau nama sebenar Ahmad Zaharin menjuarai Pertanding­an `Game’ Tekken 7: King Of Iron Fist Borneo 2017 yang berlangsun­g di The Walk, Riverson dekat sini pada Sabtu.

Pemain dari pasukan Flash Vision berusia 33 tahun, berasal dari Kuala Lumpur itu, mengatasi 31 pemain Tekken lain termasuk dari Filipina, Brunei Darussalam, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

Di perlawanan akhir, Ahmad menewaskan jaguh tempatan Yong Tze Khiong atau dikenali ‘Iskandaryu’ memaksa pemain berusia 36 tahun itu sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan.

Manakala tempat ketiga disandang oleh pemain berusia 33 tahun, Voon Khian Jin atau dikenali ‘Voonjin’ dari Kuching, Sarawak.

Juara pertanding­an sehari itu menerima hadiah berupa PlayStatio­n 4 Slim 500GB Console & HORI Real Arcade Pro4KaiTek­ken7Editio­nFight Stick, naib johan menerima Tekken 7 Collector’s Edition (PS4) sambil tempat ketiga menerima Steelserie­s Siberia 200 Red Forge Headset.

Pertanding­an itu dibawakan oleh TinyRobot selaku penaja utama bersama Riverson, majalah Breeze, Cenfone Enterprise (Digi Imago), serta sokongan dari Pop Events & Media, Uber Malaysia, Kinabalu Button Mashers dan Shariff “El Beardo”.

Pengasas TinyRobot; Terry Wong semasa ditemui selepas menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah berkata, pihak beliau amat gembira di atas kejayaan penganjura­n julung-julung kalinya di Sabah itu.

“Pertanding­an ini berjalan dengan lancar sekali, serta mendapat sambutan hangat dari para penyokong dan peminat.

“Pada keseluruha­nnya, masyarakat menerima baik penganjura­n pertanding­an ini,” jelas beliau.

“Ini merupakan kali pertama pertanding­an sedemikian ini diadakan di Kota Kinabalu. Oleh itu, kami tidak terlalu optimistik dan sebaliknya hanya membuka penyertaan kepada 32 pemain sahaja.

“Dengan sambutan yang begitu hangat sekali, saya rasa jika kejohanan kali ini membuka penyertaan 64 pemain, kita juga mampu mencapai sasaran itu,” tambah beliau.

“Apapun, ini merupakan satu permulaan yang baik, dan saya percaya penganjura­n kejohanan ini di tahun hadapan pastinya akan lebih hebat dan meriah lagi,” kata Terry lagi.

 ??  ?? TERRY Wong (dua kanan) bersama Ahmad Zaharin (tengah), Yong Tze Khiong (kiri) dan Voon Khian Jin (kanan) semasa majlis penyampaia­n Pertanding­an `Game’ Tekken 7: King Of Iron Fist Borneo 2017 berakhir di The Walk, Riverson, Kota Kinabalu pada Sabtu.
TERRY Wong (dua kanan) bersama Ahmad Zaharin (tengah), Yong Tze Khiong (kiri) dan Voon Khian Jin (kanan) semasa majlis penyampaia­n Pertanding­an `Game’ Tekken 7: King Of Iron Fist Borneo 2017 berakhir di The Walk, Riverson, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia