Utusan Borneo (Sabah)

Bellerin mengalu-alukan minat Barca, perlu beraksi dalam Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Masa depan Hector Bellerin di Arsenal mungkin menjadi tanda-tanya selepas beliau mengalu-alukan minat dari Barcelona dan mengakui perlu beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Pemain pertahanan itu memulakan kerjayanya di Barca dan kelab gergasi bola sepak Sepanyol sememangny­a sudah lama berharap untuk membawanya pulang.

Dan walaupun Arsenal berasa yakin akan mengekalka­n Bellerin pada musim panas ini, kegagalan kelab layak ke Liga Juara-Juara mungkin menjadi satu isu utama.

“Anda tidak tahu apa yang boleh berlaku, tetapi saya mempunyai satu kontrak dan apabila menamatkan percutian selepas perlawanan Eropah (kelayakan Piala Dunia), saya akan kembali,” kata Bellerin.

“Hakikatnya, semua pemain di peringkat tertinggi kejohanan mahu beraksi dalam Liga JuaraJuara, terutama sekali selepas saya bermain dalam kejohanan ini selama dua tahun. Sebagai sebuah pasukan, kami gagal melayakkan tempat dan ia sesuatu yang kami mahu perbetulka­n dan sebagai pemain, ia adalah satu kejohanan yang penting. “Ia menarik untuk mengetahui ada minat dari kelab seperti Barcelona, kelab di mana saya membesar. Saya tidak tahu apa-apa ketika ini. Saya pemain Arsenal dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Saya sentiasa gembira di London, keluarga saya juga sudah menyesuaik­an diri dan walaupun sekarang, atas sebab keluarga, mereka harus juga kembali ke Barcelona. Saya mempunyai masa yang sukar kerana saya berkeluarg­a, saya amat bergantung kepada mereka dan ia pastinya cabaran baharu tanpa kehadiran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia