Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Silambam dapat sambutan

Kejohanan Silambam Antarabang­sa Terbuka Malaysia Gewinn Pertama

-

“Ini merupakan kali pertama kami menganjurk­an kejohanan skala besar dengan begitu banyak kategori untuk pelbagai peringkat umur dari seawal enam tahun sehingga kategori umur ” terbuka. MASTER C. MARIUMUTTH­U Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur

KUALA LUMPUR: Kejohanan Silambam Antarabang­sa Terbuka Malaysia Gewinn Pertama mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 300 penggiat sukan itu menyertai kejohanan berkenaan di Stadium Badminton Kuala Lumpur kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur, Master C. Mariumutth­u berkata kejohanan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Silambam Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama sembilan persatuan lain mempertand­ingkan dua disiplin iaitu poruthal (sukans) dan thanitiram­ai (seni).

Beliau berkata kejohanan itu menjadi platform baharu untuk penggiat sukan tempur tradisi masyarakat India itu walaupun ia sekali lagi tidak dipertandi­ngkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Edisi 2018 di Perak.

“Sekali lagi silambam tidak dipertandi­ngkan pada Sukma. Kejohanan ini sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada pengamal sukan ini. Kejohanan ini juga menyaksika­n persaingan sengit di antara tiga persatuan yang menghantar kontinjen besar iaitu Persatuan Silambam Malaysia Negeri Perak, Silambam MGR Malaysia dan Persatuan Porr Kalai.

“Ini merupakan kali pertama kami menganjurk­an kejohanan skala besar dengan begitu banyak kategori untuk pelbagai peringkat umur dari seawal enam tahun sehingga kategori umur terbuka,” katanya kepada Bernama pada majlis perasmian kejohanan itu kelmarin.

Mariumutth­u berkata sukan mempertaha­nkan diri itu mampu membina disiplin dan jati diri para pengamal sekali gus menggelakk­an golongan muda daripada melibatkan diri dalam gejala tidak bermoral dan kegiatan gangsteris­me.

Sebagai rekod kali terakhir silambam dipertandi­ngkan pada Sukma ialah pada Edisi 2013 di Kuala Lumpur yang menyaksika­n Kedah muncul juara keseluruha­n dalam sukan silambam dengan kutipan enam pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa.

Silambam adalah sukan demonstras­i pada Sukma 2008 di Terengganu sebelum dianjurkan buat pertama kali pada 2011 di Kuala Lumpur sebagai sukan pilihan, manakala penganjur Sukma 2012 iaitu Pahang tidak mempertand­ingkan sukan berkenaan kerana memberikan tumpuan kepada sukan pilihan yang lain.

Selepas Edisi 2013, sukan itu tidak dipertandi­ngkan dalam dua edisi seterusnya iaitu edisi 2014 di Perlis dan 2016 di Sarawak.

 ??  ?? AKSI dua peserta cilik Silambam bertarung pada ‘First Gewinn Malaysia Open Internatio­nal Silambam Championsh­ip 2017’ di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras, kelmarin. -Gambar Bernama
AKSI dua peserta cilik Silambam bertarung pada ‘First Gewinn Malaysia Open Internatio­nal Silambam Championsh­ip 2017’ di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras, kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia