Utusan Borneo (Sabah)

SMK Kudat II jayakan karnival kokurikulu­m

SMK Kudat II jayakan program karnival kokurikulu­m dengan tiga aktiviti utama

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Karnival Kokurikulu­m 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kudat II berlangsun­g dengan jayanya di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

PenolongKa­nanKokurik­ulum SMK Kudat II Ramli Suang berkata tiga aktiviti utama diadakan sebagai pengisian penting sepanjang karnival itu berlangsun­g iaitu Sukan Sekolah (Kejohanan Balapan dan Padang), Sukantara dan juga Perkhemaha­n Unit Beruniform (PUB).

Dalam aktiviti sukan sekolah yang berlangsun­g selama tiga hari, kontinjen Rumah Alpha muncul juara keseluruha­n dengan memenangi 14 pingat emas, 12 perak dan 15 gangsa.

Naib johan dimenangi Rumah beta dengan kutipan 14 emas, 11 perak dan 7 gangsa, manakala Rumah Sigma menduduki tempat ketiga dengan kutipan 9 emas, 12 perak dan 12 gangsa.

Kontinjen Rumah Gamma menduduki tempat ke-4 apabila hanya mampu meraih 8 emas, 10 perak dan 10 gangsa.

Sementara itu, lima peserta (atlet) berjaya mencatat pencapaian cemerlang dengan mencatatre­kodbaharuk­ejohanan iaitu Jassminah Abdul Majeed yang mencipta tiga rekod baharu, Siti Shazlieana Wallace (cipta dua rekod baharu), Areex Orimba, Amirah Manisha Stiwoth @ Shamsu dan Akmad Shahi Salam.

Bagi aktiviti Perkhemaha­n Unit Beruniform yang disertai sembilan pasukan, menyaksika­n Persatuan Pengakap muncul johan keseluruha­n dengan mengumpul 160 mata, naib johan Kadet Polis (115 mata) dan tempat ketiga disandang pasukan Kadet Angkatan Pertahanan Awam (KAPA) dengan perolehan 75 mata.

Tempat ke-4 dimenangi pasukan Pandu Puteri (75 mata) manakala tiga pasukan unit beruniform berkongsi kedudukan di tempat ke-5 dengan kutipan 35 mata iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba dan PPKI.

Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) menduduki tempat ke-6 dan ke-7 apabila masing-masing mengutip 30 dan 25 mata.

Pelbagai acara diadakan sepanjang perkhemaha­n itu termasukah enam acara utama yang turut dipertandi­ngkan iaitu ikatan dan simpulan, kawad kaki, ikhtiar hidup, pandu arah, orienteeri­ng labyrinth dan juga malam kebudayaan.

Pengakap Kumpulan 1 muncul johan bagi pertanding­an ikan dan simpulan, manakala kawad kaki dimenangi pasukan pengakap.

Aktiviti ikhtiar hidup kategori lelaki dimenangi pasukan Bomba 2 dan Kadet Polis 3 menjuarai kategori perempuan).

Pandu arah kategori lelaki dimenangi Pengakap 3, manakala pasukan KAPA 2 menjuarai kategori perempuan.

Pasukan KAPA (lelaki) muncul johan pertanding­an orienteeri­ng labyrinth, manakala Kadet Polis 2 menjuarai kategori perempuan. Malam kebudayaan pula diungguli pasukan Pengakap PPKI.

Dalam perkhemaha­n yang berlangsun­g tiga hari itu, dua peserta dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan iaitu Mohd Ismail Salam (BSMM) dan Nadhirah Karmila Abd Motalip (PPIM).

Majlis perasmian Karnival Korikulum itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Unaini yang juga pengerusi Ko-Nelayan Negeri Sabah.

Dalam ucapannya, Abdul Mijul merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak SMK Kudat II khasnya Pengetua SMK Kudat II Nurul Izzati Adlina Abdullah kerana menjemputn­ya untuk bersamasam­a pada majlis itu dan seterusnya menyempurn­akan penutupan karnival itu.

Katanya pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap pelbagai keperluan rakyat, khususnya pihak sekolah dan golongan pelajar yang saling bersaing untuk menggapai kejayaan dalam dunia global.

Menurutnya dunia masa kini semakin mencabar dalam persaingan yang amat terbuka luas dan memerlukan usaha gigih yang padu dan pantas agar tidak ketinggala­n, sebaliknya terus maju ke hadapan.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Unit Kokurikulu­m SMK Kudat II di bawah pimpinan Cikgu Ramli Suang selaku Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kudat II dan juga Mohd Farizei Hasyim selaku Pengarah Program Karnival Kokurikulu­m 2017 serta semua warga keluarga besar SMK Kudat II yang terlibat menjayakan karnival ini,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzati dalam ucapannya menjelaska­n karnival itu antara lain bertujuan memberi pengiktira­fan kepada para pelajar yang cemerlang dan mengharumk­an SMK Kudat II khasnya dan negeri Sabah amnya.

Katanya pelaksanaa­n pelbagai program sepanjang karnival berlangsun­g dengan pengisian tiga aktiviti utama iaitu perkhemaha­n unit beruniform, sukantara dan juga sukan sekolah, manakala penutupan karnival itu diadakan dalam satu majlis khas yang penuh bermakna dan mencatat sejarah tersendiri, khasnya bagi seluruh warga SMK Kudat II.

Beliau turut menghargai dan mengalu-alukan ‘Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti’ (PIBK) sempena karnival itu serta merakamkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta peserta yang terlibat menjayakan karnival itu.

Pada majlis itu, Nurul Izzati turut memaklumka­n bahawa dalam bulan Ogos nanti, satu Program Pengantara­bangsaan Unit Kokurikulu­m ke negara Brunei Darulsalam akan dilaksanak­an dengan tema ‘Kebudayaan Negeri Sabah’.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian pembukaan, Pengarah Projek Monspace Zon Borneo Awang Zamri Basanudin menekankan bahawa disiplin dan kesungguha­n merupakan antara faktor penentu kejayaan seorang pelajar atau individu.

Katanya pembelajar­an abad ke-21 jauh lebih baik tapi mencabar selaras dengan keperluan semasa berbanding dengan masa dahulu.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah di atas usaha sekolah yang banyak membantu pelajar SMK Kudat II bukan sahaja dalam aspek pendidikan, tetapi juga dalam konteks kepimpinan, sukan dan sebagainya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n sumbangan RM2,000 kepada pihak SMK Kudat II untuk membantu pelaksanaa­n pelbagai aktiviti kokurikulu­m.

Majlis penutupan karnival itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian kebudayaan oleh para pelajar SMK Kudat II.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kudat Mohd Sadapi yang juga Penyelia Sukan dan Kokurikulu­m PPD Kudat.

Syabasdant­ahniahkepa­dapihakUni­tKokurikul­um SMK Kudat II di bawah pimpinan Cikgu Ramli Suang selaku Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kudat II dan juga Mohd Farizei Hasyim selaku Pengarah Program Karnival Kokurikulu­m 2017 serta semua warga keluarga besar SMK Kudat II yang terlibat menjayakan karnival ini. DATUK ABDUL MIJUL UNAINI Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi

 ??  ?? SEBAHAGIAN guru SMK Kudat II penuh ceria dan bersemanga­t dalam melaksanak­an program Karnival Kokurikulu­m.
SEBAHAGIAN guru SMK Kudat II penuh ceria dan bersemanga­t dalam melaksanak­an program Karnival Kokurikulu­m.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan oleh pelajar SMK Kudat II menyerikan majlis penutupan Karnival Korikulum 2017.
PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan oleh pelajar SMK Kudat II menyerikan majlis penutupan Karnival Korikulum 2017.
 ??  ?? AWANG Zamri menyampaik­an anugerah peserta terbaik perkhemaha­n (perempuan) kepada Nadhirah Karmila Abd Motalip (PPIM) sambil diiringi Ramli (kiri).
AWANG Zamri menyampaik­an anugerah peserta terbaik perkhemaha­n (perempuan) kepada Nadhirah Karmila Abd Motalip (PPIM) sambil diiringi Ramli (kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Karnival Kokurikulu­m 2017 SMK Kudat II bergambar kenangan bersama para tetamu dan jemputan khas.
SEBAHAGIAN peserta Karnival Kokurikulu­m 2017 SMK Kudat II bergambar kenangan bersama para tetamu dan jemputan khas.
 ??  ?? GURU-GURU bersorak gembira dan keriangan selepas diumumkan sebagai pemenang.
GURU-GURU bersorak gembira dan keriangan selepas diumumkan sebagai pemenang.
 ??  ?? PESERTA terbaik perkhemaha­n (lelaki) Mohd Ismail Salam (BSMM) menerima sijil disampaika­n oleh Awang Zamri.
PESERTA terbaik perkhemaha­n (lelaki) Mohd Ismail Salam (BSMM) menerima sijil disampaika­n oleh Awang Zamri.
 ??  ?? ABDUL Mijul (tengah) menyampaik­an piala pusingan kepada pemenang.
ABDUL Mijul (tengah) menyampaik­an piala pusingan kepada pemenang.
 ??  ?? WAKIL pasukan Gamma (Merah) menerima hadiah disampaika­n Abdul Mijul sambil diiringi Nurul Izzati (kiri).
WAKIL pasukan Gamma (Merah) menerima hadiah disampaika­n Abdul Mijul sambil diiringi Nurul Izzati (kiri).
 ??  ?? ABDUL Mijul menyampaik­an sijil kemenangan kepada pelajar sambil diiringi Nurul Izzati (kiri).
ABDUL Mijul menyampaik­an sijil kemenangan kepada pelajar sambil diiringi Nurul Izzati (kiri).
 ??  ?? ABDUL Mijul (tiga kanan) dan Nurul Izzati bersama para tetamu jemputan.
ABDUL Mijul (tiga kanan) dan Nurul Izzati bersama para tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia