Utusan Borneo (Sabah)

CADANGAN CUKAI DITELITI

Isu dijangka dibawa dalam mesyuarat Kabinet negeri

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dalam proses meneliti secara terperinci cukai pelanconga­n yang akan dilaksanak­an berkuatkua­sa 1 Julai depan.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming berkata aspek pembahagia­n hasil cukai serta kebaikanny­a terhadap masyarakat Sabah perlu diperincik­an sebelum ia dilaksana dan akan dibentangk­an di mesyuarat Kabinet.

"Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, kementeria­n akan membawa isu ini ke Kabinet.

"Kami akan mencari sumber dan membuat pertimbang­an sewajarnya sebelum membentang­kan perkara ini di Kabinet yang dijangka diadakan dalam minggu ini atau minggu hadapan.

"Namun, yang penting sepertiman­a Datuk Masidi katakan, kita mahu perincikan apabila cukai pelanconga­n ini sudah dikutip, adakah ia turut diagihkan kepada Sabah ataupun diserahkan sepenuhnya untuk melaksanak­an program pelanconga­n di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Antarabang­sa Pemulihara­an Harimau Dahan Sunda 2017, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Pang berkata kementeria­nnya akan membuat satu keputusan selepas pembentang­an isu berkenaan pada Kabinet akan datang.

"Pada masa itu, keputusan akan dibuat adakah kita akan mengikut jejak seperti rakan kita di Sarawak atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata pelaksanaa­n cukai pelanconga­n itu dilihat terdapat kebaikan dan keburukann­ya tersendiri dari segi industri pelanconga­n negeri dan juga masyarakat setempat.

Bagi industri pelanconga­n, katanya, ramai pelancong dari luar negara datang ke Sabah dan mereka perlu membayar cukai berkenaan.

"Jadi, ia boleh membantu dalam meningkatk­an pendapatan kita yang boleh digunakan untuk menambah baik industri pelanconga­n Sabah dan banyak perkara lagi kita boleh lakukan di sini.

"Kita perlukan lebih banyak infrastruk­tur di Sabah, jadi kita perlukan lebih banyak pendapatan untuk menghasilk­an perkhidmat­an yang lebih baik agar lebih ramai pelancong akan datang ke Sabah," katanya.

Bagaimanap­un, Pang berkata masyarakat Sabah sendiri akan memikul beban yang lebih berat dan mencabar ekoran ekonomi negara yang tidak menentu.

"Ini kerana bukan semua masyarakat di Sabah ini tidak berkemampu­an untuk membayar cukai seumpama ini," jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan bahawa cukai pelanconga­n itu akan dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Menurutnya pelaksanaa­n cukai itu dianggarka­n mampu mengutip sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruha­n 11 juta bilik di dalam negara mencapai 60 peratus.

Jelasnya cukai yang menyaksika­n kadar dari RM2.50 sehingga RM20 dikenakan kepada pelancong di dalam dan luar negara bagi penginapan semalam akan diteruskan mulai 1 Julai depan.

 ?? Gambar BERNAMA ?? ISTERI Ketua Menteri Sabah Datin Seri Faridah Tussin (belakang tiga, kiri) bersama isteri-isteri wakil rakyat Sabah membungkus kuih raya sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Bakisa) kepada pasukan keselamata­n kelmarin. Bakisa mengagihka­n 216 beg kuih-muih sumbangan raya kepada sembilan pasukan keselamata­n yang bertugas ketika Aidilfitri. -
Gambar BERNAMA ISTERI Ketua Menteri Sabah Datin Seri Faridah Tussin (belakang tiga, kiri) bersama isteri-isteri wakil rakyat Sabah membungkus kuih raya sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Bakisa) kepada pasukan keselamata­n kelmarin. Bakisa mengagihka­n 216 beg kuih-muih sumbangan raya kepada sembilan pasukan keselamata­n yang bertugas ketika Aidilfitri. -
 ??  ?? PANG
PANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia