Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut motosikal rempuh Toyota Hilux

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang penunggang lelaki maut selepas motosikaln­ya merempuh belakang sebuah kereta Toyota Hilux dalam kejadian di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampira­n Universiti Apartment 1, di sini.

Mangsa Kinny Mark Juareh, 25, menunggang motosikal jenis Modenas dan disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian terbabit berlaku pada jam 8.13 malam Ahad lepas.

Menurutnya pemandu Toyota Hilux berkenaan iaitu lelaki tempatan berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sebelum kejadian, pemandu Hilux terbabit datang dari arah 99 Speedmarke­t Jalan UMS menuju ke Indah Permai.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan berhenti di jalan susur untuk memastikan laluan di jalan utama lancar.

"Bagaimanap­un, semasa beliau memberhent­ikan kenderaann­ya, tiba-tiba motosikal mangsa merempuh belakang Toyota Hilux yang dipandunya," katanya mengesahka­n kejadian di sini kelmarin.

Beliau berkata akibat dari kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas menggunaka­n ambulans.

Chandra berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n itu disahkan meninggal dunia pada jam 9.21 malam.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian mangsa sendiri kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga melanggar belakang kenderaan yang berada di susur jalan.

"Mangsa juga tidak mabuk semasa kejadian dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987," katanya.

 ??  ?? KINNY MARK
KINNY MARK
 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa yang remuk teruk selepas merempuh sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan itu.
MOTOSIKAL mangsa yang remuk teruk selepas merempuh sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia